Skim Pembiayaan Francaisi

Skim ini dirangka untuk menyokong individu Bumiputera dalam menceburi perniagaan francais. Ia menyediakan akses kepada maklumat francais yang berkaitan, kemudahan pembiayaan, dan latihan berstruktur bagi menyokong pembuatan keputusan yang lebih berinformasi serta operasi francais yang mampan.


Objektif

Menyediakan bantuan kewangan di samping menggalakkan golongan bumiputera menceburi perniagaan francais termasuk mereka dari sektor awam, swasta dan yang ingin bersara awal ataupun mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS). 


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Pemohon mestilah individu yang memiliki dan mengendalikan sendiri perniagaan serta berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod kredit yang baik, tertakluk kepada kriteria penilaian kredit Pernas;
  • Perniagaan francais yang dipilih mestilah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
  • Perniagaan mestilah 100% milik Bumiputera dan patuh Syariah;
  • Pemohon mestilah telah memperoleh Surat Tawaran atau Perjanjian Francais daripada francaisor atau francaisi induk;
  • Syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) layak memohon pembiayaan melebihi RM250,000; dan
  • Perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) hanya layak memohon pembiayaan sehingga RM250,000.

Struktur Pembiayaan

Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisi untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia. Bagi francaisi induk, hak untuk memegang francais perlu diperoleh daripada francaisor terlebih dahulu.

Mod Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)

Margin Pembiayaan

Sehingga 70% dari kos projek

Size Pembiayaan

RM50,000 hingga RM2 Juta


Kadar Keuntungan

8.5% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang.

Sekutriti

Tertakluk kepada keperluan sekuriti minimum sebanyak 10% berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Tempoh Pembiayaan

5 hingga 7 tahun, tertakluk kepada tempoh perjanjian francais


Nota

  • Fi Pemprosesan: 0.5% daripada had yang diluluskan
  • Fi Guaman dan Duti Setem: 3.0% daripada had yang diluluskan (tertakluk kepada perubahan dan pindaan)
  • Fi Latihan: RM300
  • Fi Wakalah: RM50
  • Tidak termasuk SST 8%
  • Tertakluk kepada terma dan syarat
     

Mohon Sekarang

Permohonan boleh dibuat dengan klik pautan di bawah:

iFrancais