SKIM PEMBIAYAAN FRANCAISISkim ini disediakan untuk menggalakkan Bumiputera menceburkan diri
dalam perniagaan. Sekiranya anda ingin memiliki perniagaan sendiri,
kami dapat membantu anda memilih perniagaan francais yang anda
inginkan selain dari menyediakanpembiayaan dan latihan.
Maklumat Lanjut
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisi Bumiputera untuk menjalankan perniagaan di Malaysia
  • Menggalakkan Bumiputera dalam sektor awam dan swasta untuk menceburi perniagaan Francais
  • Menggalakkan koperasi berdaftar untuk menceburi bidang Francais
  • Tumpuan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau yang ingin bersara awal
  • Pemilik syarikat harus berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun
  • Pemilik syarikat haruslah juga seorang pengusaha perniagaan tersebut
  • Keutamaan diberi kepada pemilik yang memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma
  • Permohonan adalah menerusi syarikat yang berdaftar
  • Syarikat mestilah 100% milik Bumiputera
  • Syarikat perlulah memperolehi tawaran hak francais dari francaisor atau francaisi induk berlesen yang berdaftar di Pendaftar Francais
  • Perniagaan francais tersebut adalah patuh syariah
  • Permohonan pembiayaan menerusi syarikat milikan tunggal atau perkongsian adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja
  • Badan koperasi yang memohon haruslah menerusi syarikat Sendirian Berhad
  • Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis


Konsep Pembiayaan

  • Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

  • RM50,000 sehingga RM2,000,000
    Margin pembiayaan sehingga 70% dari kos projek

Kadar Keuntungan

  • BFR + Sehingga 5%.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga tempoh maksima perjanjian francais

Permohonan dalam talian pembiayaan francais

Mohon Sekarang