Date : 21 June 2021
Resouce : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yakin penjenamaan semula Perbadanan Nasional Bhd (PNS), yang membabitkan pertukaran akronim dan logo daripada PNS kepada Pernas, dapat memperkukuhkan lagi kedudukan agensi itu sebagai peneraju pertumbuhan industri francais di Malaysia.

Ia adalah salah satu strategi untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai peranan Pernas dalam industri francais, seterusnya turut menangani isu kekeliruan jenama yang terdahulu dengan organisasi kerajaan yang lain.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata industri francais adalah salah satu sektor utama selain daripada koperasi serta usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memberi impak penting selain menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, di samping perniagaan francais, Pernas juga membangunkan usahawan PKS ke arah francais mampu milik agar lebih ramai bakal usahawan dapat menceburi bidang perniagaan francais.

“Perniagaan francais dilihat sebagai model perniagaan pilihan usahawan memandangkan perniagaan francais ini mempunyai sistem perniagaan yang mudah diikuti dan berkesan dalam membangunkan usahawan tempatan.

“Saya amat yakin, ia dapat mencapai sasaran MEDAC melahirkan 100 orang jutawan setahun dalam kalangan PKS,” katanya dalam satu kenyataan.

Industri francais berkembang pada tahap yang membanggakan dengan peningkatan nilai jualan tahunan sebanyak 17.3 peratus iaitu RM13.3 bilion berbanding RM11 bilion pada 2019.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor, berkata industri francais tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diteroka.Sehingga kini, sebanyak 1,077 syarikat francais berdaftar, yang mana daripada jumlah itu, sebanyak 68 syarikat francais tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan berada di 70 negara.

Sementara itu, Pengerusi Pernas, Datuk Zakaria Mohd Edris, berkata sejak 2004 sehingga kini, Pernas sudah mengeluarkan pembiayaan hampir RM1.3 bilion kepada lebih 5,500 usahawan dan mewujudkan lebih 34,000 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, selaras dengan penjenamaan semula itu, Pernas akan terus agresif membangunkan lebih banyak jenama francais tempatan termasuklah melancarkan dua projek terbaharunya, Projek Xcelerator dan Projek ‘Be Your Own Boss (BYOB)’ pada awal tahun dengan sasaran melahirkan lima usahawan francais tempatan dan 1,000 francaisi.

Pernas dan agensi di bawah MEDAC akan bergerak seiring mendokong hasrat MEDAC menjadikan keusahawanan dan koperasi sebagai agenda utama ke arah mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dan inklusif.

“Untuk tahun ini, PNS bakal melancarkan dua inisiatif baharu iaitu ‘Projek Xcelerator’ dan ‘Projek Be Your Own Boss (BYOB)’ yang menyasarkan lima usahawan francais tempatan dan 1,000 francaisi,” katanya.

Penjenamaan semula itu membabitkan pengenalan logo dan warna baharu yang lebih moden serta segar yang melambangkan sokongan diberikan Pernas melalui usaha memperkasakan usahawan. — BH.

Date : 2 Feb 2021
Resouce : Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Bhd (PNS) menyasar untuk mewujudkan 18,000 peluang pekerjaan baharu dan menyumbang sehingga RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah strategi lima tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata menerusi strategi itu, PNS menyasar untuk mengembangkan portfolio francaisnya sehingga 400 peratus kepada RM700 juta berbanding RM178 juta ketika ini.

Beliau berkata, ia mampu dicapai bersandarkan sasarannya untuk meluluskan 5,000 pembiayaan kepada usahawan.

“Bagi mencapai hasrat ini, PNS akan mewujudkan ekosistem francais yang lebih berkesan dengan rantaian nilai yang menyeluruh disokong oleh teknologi digital di samping memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi golongan Bumiputera melalui bidang keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi berkata, keusahawanan francais mampu membantu usahawan Bumiputera meningkatkan tahap sosio-ekonomi khususnya melalui Program ‘Business-In-Transformation (BIT)’ yang menggalakkan usahawan mengembangkan perniagaan melalui francais.

“Sejak 2005, PNS sudah mengeluarkan jumlah pembiayaan sebanyak RM463 juta kepada 2,529 usahawan.

“Kerjasama di antara MEDAC dan PNS membuktikan pihak kementerian dan agensi komited mewujudkan rangkaian kerjasama bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang mengadaptasi konsep perniagaan seperti ini.

“Langkah ini dilihat mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam kalangan entiti Bumiputera untuk meneroka bidang keusahawanan francais,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Mohd Hilaluddin Abd Shukor, berkata industri francais tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diteroka.

Beliau berkata, usahawan khususnya mikro perlu berani mengambil langkah proaktif untuk menceburi industri francais terutama dalam mengadaptasi digitalisasi.

Selain itu, katanya, Program BIT memfokuskan pembangunan perniagaan mikro bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui francais.

“Program BIT dapat membantu usahawan mikro berpotensi untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan industri francais khususnya pasca COVID-19.

“Untuk tahun ini, PNS bakal melancarkan dua inisiatif baharu iaitu ‘Projek Xcelerator’ dan ‘Projek Be Your Own Boss (BYOB)’ yang menyasarkan lima usahawan francais tempatan dan 1,000 francaisi,” katanya.

Beliau berkata, PNS memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk projek ini yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dengan memperkukuhkan lagi penyertaan usahawan Bumiputera, belia, wanita dan siswazah.

Katanya, ia menawarkan panduan dan latihan komprehensif, pembiayaan serta akses kepada pasaran semasa.

PNS sudah membantupelbagai jenama francais tempatan seperti Genius Aulad, Marrybrown, Menara Optometry, Asam Pedas Premier, Tealive, Smart Reader, MD Putu Bambu World membabitkan 157 cawangan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM30.5 juta. — BH.

Date : 2 Feb 2021
Resource : Business Today

PNS will be collaborating with several other ministries to potentially expand offerings of their new projects, namely Ministry of Youth and Sports (KBM) and Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) via MEDAC’s ministry and agency strategic collaboration programmes.

The initiatives comes to ensure the success of two new project initiatives namely ‘Project Xcelerator’ and ‘Project Be Your Own Boss’ that aims to produce five (5) local franchise entrepreneurs and 1,000 franchisees in 2021.

According to PNS Chief Executive Officer, Mohd Hilaluddin Abd Shukor, the strategic collaborations between PNS and the two ministries are aimed at reaching out and empowering women and youth to become successful business owners.

“Under the Business-In-Transformation programme, PNS has 127 pre-franchise businesses in its incubator where they are nurtured to grow their business into becoming a successful notable home-grown franchise brand. We hope that through Project Xcelerator, it will help to fast-track their progress into becoming a franchise business in less than one year,” he added.

“Under the Business-In-Transformation programme, PNS has 127 pre-franchise businesses in its incubator where they are nurtured to grow their business into becoming a successful notable home-grown franchise brand. We hope that through Project Xcelerator, it will help to fast-track their progress into becoming a franchise business in less than one year,” he added. — Business Today

Date : 1 Feb 2021
Resource : Suara Merdeka

Perbadanan Nasional Bhd (PNS), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), mensasarkan minimum 5,000 kelulusan pembiayaan kepada usahawan yang diharapkan dapat mengembangkan portfolio francais sebanyak 400% dari RM178 juta menjadi RM700 juta.

Mohd Hilaluddin, 54, yang memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan, mempunyai pengalaman luas dalam kredit, penyusunan pinjaman, pengaturan sekuriti hutang swasta, fasiliti pembiayaan konvensional dan Islam, kata PNS dalam satu kenyataan hari ini.Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rancangan strategi lima tahun ini diharapkan dapat mewujudkan 18,000 pekerjaan dan menyumbang RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, francais dapat membantu usahawan Bumiputera dalam meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi mereka, terutama melalui program PNS’s Business-In-Transformation (BIT) yang mendorong para usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui francais.

“Kerjasama antara Medac dan PNS membuktikan bahawa kementerian dan agensi dapat membuat jaringan kerjasama yang seterusnya menghasilkan lebih banyak pengusaha yang menggunakan konsep perniagaan ini.

“Usaha ini mendorong pertumbuhan ekonomi, terutama bagi entiti Bumiputera untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun PNS mengarahkan matlamatnya untuk membangun ekosistem francais yang berkesan dengan rantaian nilai yang komprehensif yang disokong oleh teknologi digital, ia juga akan memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera melalui keusahawanan.

Sejak tahun 2005, PNS telah mengeluarkan pembiayaan francais sebanyak RM463 juta kepada 2,529 usahawan. -Suara Merdeka

Date : 1 Feb 2021
Resource : Dagang News

KUALA LUMPUR, Feb 26 — Perbadanan Nasional (PNS) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi  (MEDAC) dalam strategi lima tahunnya menyasarkan sebanyak 5,000 kelulusan pembiayaan kepada para usahawan di mana PNS menjangkakan  akan mengembangkan portfolio francaisnya sebanyak 400% dari RM178 juta kepada RM700 juta.

Usaha ini dijangka akan menghasilkan 18,000 peluang pekerjaan baharu dan akan menyumbang sebanyak RM4.4 bilion kepada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi mencapai hasrat ini, PNS akan mewujudkan ekosistem francais yang lebih berkesan dengan rantaian nilai yang menyeluruh disokong oleh teknologi digital di samping memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi golongan Bumiputera melalui bidang keusahawanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keusahawanan francais mampu membantu usahawan Bumiputera dalam meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka khususnya melalui program ‘Business In Transformation (BIT)’ yang menggalakkan para usahawan mengembangkan perniagaan mereka melalui francais. Sejak tahun 2005, PNS telah mengeluarkan jumlah pembiayaan sebanyak RM463juta kepada 2,529 usahawan.

“Kerjasama antara MEDAC dan PNS membuktikan pihak Kementerian dan agensi komited mewujudkan rangkaian kerjasama bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang mengadaptasi konsep perniagaan seperti ini,”

“Langkah ini dilihat mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi khususnya dikalangan entiti Bumiputera untuk meneroka bidang keusahawanan francais,” dalam kenyataannya hari ini.

Ketua Pegawai Operasi PNS, Encik Hilaluddin Abd Shukor berkata, industri francais tempatan mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan para usahawan khususnya usahawan mikro perlu berani mengambil langkah proaktif untuk menceburi industri francais terutamanya dalam mengadaptasi digitalisasi.

Selain itu, beliau turut menyatakan program BIT  memfokuskan pembangunan perniagaan mikro bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui francais.

“Program BI