Kembali

ObjektifKriteriaStruktur PembiayaanPendaftaran Program
Projek BYOB adalah merupakan inisiatif PNS dalam menyediakan program
keusahawanan yang holistik dan berdaya saing. Ianya mensasarkan golongan
belia dan wanita bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan
terutamanya dalam perniagaan francais dan pra-francais. BYOB menawarkan
peluang kepada anda untuk menyertai program Young Entrepreneurship
Engagement Talent Program (YOUNITY) atau program Successful Woman
Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET). Peserta projek BYOB
akan berpeluang mengikuti latihan yang yang berstruktur, padanan perniagaan,
bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila
bermulanya perniagaan.

Program khas untuk golongan belia bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra –francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur,padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan.

Kriteria Peserta
  • 21 tahun- 40 tahun (lelaki dan wanita )
  • Peserta belia harus memiliki minimum 60% saham syarikat
Kriteria Syarikat
Kriteria kelayakan pembiayaan Francaisi adalah seperti berikut:

  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
  • Francaisor / Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF)
  • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
  • Surat Tawaran dari Francaisor/Francaisi Induk
  • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
  • Perniagaan mesti Patuh Syariah
  • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS
Kriteria kelayakan pembiayaan Pra-Francaisi adalah seperti berikut:

  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha
  • 100% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
  • Surat Tawaran dari Pra-Francaisor
  • Permohonan pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd sehingga RM 500,000.00 Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) sehingga RM 250,000.00 sahaja
  • Perniagaan mesti Patuh Syariah
  • Pelanggan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit PNS
Kaedah Pembiayaan
  • Pembiayaan Konsep Islam (Tawarruq)
Saiz Pembiayaan
  • Pembiayaan sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 90% dari jumlah kos projek
Kadar Keuntungan
  • 3.75% kadar rata setahun
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 7 tahun

Klik Sini Untuk Daftar

Consent Letter For Credit Checking
Lengkapkan Borang Surat Kebenaran bagi Semakan Kredit dan hantar pada [email protected]