• Menyediakan bantuan kewangan kepada Francaisi Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia
  • Menggalakkan Bumiputera dalam sektor-sektor awam dan swasta untuk menceburi bidang perniagaan francais
  • Menggalakkan koperasi berdaftar untuk menceburi bidang perniagaan francais di Malaysia
  • Tumpuan akan diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti kerja melalui skim pemberhentian sukarela (VSS) atau bersara awal
  • Pemilik syarikat harus berumur 21 tahun ke atas
  • Keutamaan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima Diploma
  • Usahawan menjadi pemilik/pengusaha
  • Francaisor/ Francaisi induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais; (ROF)
  • 100% ekuiti milik Bumiputera
  • Surat Tawaran daripada Francaisor/Francaisi Induk
  • Permohonan pembiayaan melebihi RM250,000 perlu dibuat melalui syarikat Sdn. Bhd.
  • Permohonan pembiayaan melalui pemilikan tunggal adalah tidak melebihi RM250,000
  • Perniagaan mesti mematuhi garis panduan syariah
  • Badan Koperasi harus menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. dan mendapatkan surat tawaran daripada Francaisor/ Francaisi induk sebelum menghantar permohonan pembiayaan kepada PNS


Konsep Pembiayaan

  • Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 70% daripada kos projek

Saiz Pembiayaan

  • RM50,000 hingga RM2 juta

Kadar Keuntungan

  • 5.00% setahun (tanpa cagaran)
  • 4.75% setahun (dengan cagaran)

Jangkamasa Pembiayaan

  • Lima (5) tahun

Kesemua skim pembiayaan tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-

  • Fi pemprosesan – 0.5% dari jumlah pembiayaan
  • Fi guaman dan duti setem – anggaran 3.0% dari jumlah
  • Pembiayaan tertakluk kepada variasi dan pindaan
  • Fi Latihan: RM300
  • Fi Wakalah: RM50
  • Perlindungan Takaful (Am dan Kredit)