Membantu usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan atau produk tempatan yang berupaya untuk dikembangkan melalui sistem francais.
Perunding francais akan dilantik oleh Kerajaan untuk membimbing usahawan membangunkan sistem perniagaan francais. Kos bagi perkhidmatan perunding tersebut akan dibiayai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

  • Syarikat bertaraf Sendirian Berhad
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Mempunyai akaun beraudit sekurang-kurangnya bagi 2 tahun terkini
  • Mempunyai rekod keuntungan yang baik
  • Mempunyai outlet yang boleh dijadikan prototaip
  • Mempunyai sistem asas bagi operasi perniagaan
  • Mempunyai sistem POS (point of sale) dan sistem perakaunan yang teratur
  • Syarikat dan Pengarah tidak mempunyai sebarang tindakan undang-undang
  • Syarikat bersedia untuk mengembangkan perniagaan melalui francais
  • Mendapatkan borang permohonan dari PNS
  • Syarikat menyediakan profil syarikat dan penyata kewangan
  • Menghantar permohonan kepada PNS
  • PNS membuat lawatan ke outlet
  • Syarikat membentangkan pelan perniagaan kepada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Produk Francais (JTPP)
  • PNS membentangkan cadangan perlantikan perunding Franchise Readiness Audit (FRA) & Due Diligence (DD) kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais ( JIPP)
  • Bentang ke Jawatankuasa Induk Pembangunan Produk Francais (JIPP) untuk pelantikan perunding pembangunan pakej francais
  • Penyediaan kertas cadangan untuk francaiskan perniagaan
  • Penyediaan konsep francais
  • Penyelidikan prototaip outlet
  • Pembangunan pakej francais
  • Pendaftaran sebagai francaisor
  • Pewujudan francaisi