• Menyediakan bantuan kewangan kepada pra-francaisor dan francaisi induk untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia
  • Terbuka kepada syarikat-syarikat dan badan koperasi yang berdaftar di Malaysia
  • Memiliki status Syarikat Sendirian Berhad
  • Bagi permohonan pembiayaan yang diterima daripada badan koperasi, ia haruslah menubuhkan syarikat Sdn Bhd di mana (bagi skim francaisi induk) hak francais hendaklah diperolehi daripada francaisor terlebih dahulu
  • Perniagaan yang menguntungkan dan positif dana pemegang saham bagi penyata kewangan beraudit yang terkini
  • Minima 51% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) outlet yang telah beroperasi
  • Telah beroperasi lebih dari satu (1) tahun
  • Perniagaan mesti mematuhi garis panduan Syariah

Kaedah Pembiayaan

  • Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

  • RM50,000 hingga RM2,000,000
  • Tertakluk kepada geran tidak melebihi 4 kali

Kadar Keuntungan

  • 5% setahun (dengan cagaran)
  • 6% setahun (tanpa cagaran)

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 10 tahun

Kesemua skim pembiayaan tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-

  • Fi pemprosesan – 0.5% dari jumlah pembiayaan
  • Fi guaman dan duti setem – anggaran 3.0% dari jumlah
  • Pembiayaan tertakluk kepada variasi dan pindaan
  • Fi Latihan: RM300
  • Fi Wakalah: RM50
  • Perlindungan Takaful (Am dan Kredit)