Kembali

KriteriaStruktur Pembiayaan

Objektif program ini adalah untuk memupuk dan melahirkan usahawan di
kalangan pelajar-pelajar serta graduan universiti dan politeknik tempatan
juga untuk memupuk nilai-nilai keusahawanan. Program Siswazah adalah
platform untuk peluang perniagaan dengan pelbagai maklumat tentang
dana,latihan, akses ke pasaran, infrastruktur dan kemudahan perniagaan.

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar universiti dan politeknik serta graduan dengan sekurang-kurangnya kelulusan Diploma dari IPTA/ IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan tidak melebihi usia 35 tahun
  • Terbuka untuk ideasi perniagaan, permulaan atau prototaip
  • Pemohon mesti menghadiri program latihan yang dianjurkan oleh PNS
  • Pemohon yang telah menerima ijazah selama lebih dari 3 tahun dan kini bekerja adalah tidak layak untuk mengikuti program ini

Terma Pembiayaan Saiz

  • Enterprise/ LLP – Pembiayaan sehingga RM100,000
  • SDN BHD – Pembiayaan sehingga RM250,000

Margin
Sehingga 80% kos projek

Tempoh Pembiayaan
Sehingga 5 tahun

Kadar Keuntungan
Sehingga 4.75%