• Syarikat Sdn Bhd yang berdaftar
    dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai hak undang-undang untuk
    memberi lesen dan berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) atau mana-
    mana pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Minimum dua (2) tahun beroperasi dan
    memiliki dua (2) tahun akaun teraudit.
  • Perniagaan yang dikawal selia/dikendali
    atau dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  • Pelanggan mesti mempunyai rekod
    kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.
  • Sekurang-kurangnya satu (1)
    pemegang saham terlibat secara aktif dalam perniagaan.
  • Penyokong mestilah berumur di antara
    21-60 tahun dan memegang jawatan pengarah di Syarikat.
  • Operasi perniagaan mestilah patuh
    syariah.
  • Syarikat yang mempunyai hak francais
    induk daripada francais asing yang belum memenuhi syarat sebagai Pendaftar Francais (jika
    berkenaan).
  • Syarikat yang memegang hak
    lesen induk daripada lesen asing (jika berkenaan).
  • Syarikat perlu mendaftar dana
    pemegang saham positif dalam akaun teraudit terkini.
  • Syarikat, penyokong, pengarah dan
    penjamin seharusnya tidak mempunyai rekod buruk dalam pencarian insolvensi atau laporan
    kredit yang lain.

Jumlah pembiayaan tertakluk kepada 4 kali pengearan.

PRODUK MARGIN PEMBIAYAAN (%)
Pembiayaan berjangka Projek Sehingga 80%
Modal kerja 100% (Modal kerja sehingga 6 bulan)
Pembiayaan pusingan – Cash Line Pembiayaan pusingan – Cash Line
PRODUK HAD PEMBIAYAAN
Pembiayaan berjangka/berkala Projek 4 kali penggearan (sehingga RM5,000,000.00 sahaja)
Modal Kerja Sehingga RM500,000
Cash Line
  • Minimum: RM20,000
  • Maksimum: RM500,000

**Nota:
Jumlah pendedahan tidak lebih daripada RM5 juta untuk setiap pelanggan tetapi tertakluk kepada Garis Panduan Had Kredit Pelanggan Tunggal.

PRODUK TEMPOH PEMBIAYAAN
Pembiayaan berjangka/ berkala Projek Sehingga 10 tahun
Modal Kerja Sehingga 1 tahun
Cash Line
  • Minimum: 1 tahun (12 bulan)
  • Maksimum: Sehingga 5 tahun (60 bulan)