Kembali

ObjektifSyarat dan Kelayakan PesertaBagaimana Projek ini BerfungsiHubungi Kami

Merupakan kempen yang membimbing dan membangunkan usahawan
berpotensi ke arah perniagaan francais. Fokus kami adalah menggalakkan
lebih banyak penyertaan usahawan di peringkat B40 dan M40 dalam industri
francais menerusi pembangunan perniagaan dan sokongan pembiayaan.

Menjadikan bidang keusahawanan francais sebagai kerjaya pilihan terutamanya dalam kalangan bumiputera bagi menjana sumber pendapatan yang mampan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi melalui tawaran pakej francais mampu milik.

  • Perusahaan kecil dan sederhana milik bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan memiliki akaun pengurusan atau beraudit (bergantung kepada keperluan fasa perniagaan)
  • Komited untuk mendapatkan bimbingan dan pembangunan perniagaan melalui francais

PERINGKAT 1 (PENILAIAN DAN PROFIL PERNIAGAAN) – 1 Bulan
Fasa 1 : Transformation
Fasa 2 : Acceleration
Fasa 3 : Franchising
Fasa 4 : Expansion
PERINGKAT 2 (PERTUMBUHAN PERNIAGAAN) – 4 to 6 Bulan
Pembangunan Perniagaan

  • Perkhidmatan profesional (contoh: perundangan, tanda niaga, khidmat perakaunan, pereka grafik, pakar penjenamaan & lain-lain)
  • Automasi proses perniagaan (contoh: teknologi / pendigitalan)
  • Inovasi & pengkomersilan (contoh: promosi, penyelidikan & pembangunan)

Latihan / Bimbingan

  • Khidmat nasihat dan rundingan perniagaan francais
  • Program latihan dan bimbingan oleh penggiat serta pakar industri
PERINGKAT 3 (PEMANTAUAN PERNIAGAAN) – 2 Bulan

**Nota: tertakluk kepada perubahan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami :

Puan Farhana ([email protected]) / (011-10093465)
Puan Julia ([email protected]) / (012-4281900)