Tarikh : 8 Jun 2024
Sumber : Sinar Harian
PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan sekurang-kurangnya lima jenama francais tempatan mampu mendapat tempat di pasaran antarabangsa termasuk di United Kingdom (UK) dan Dubai menjelang akhir tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, Pernas melalui inisiatif pengantarabangsaan telah membantu pembangunan juara dalam industri francais dan menggalakkan perkembangan perniagaan berkembang di peringkat domestik serta antarabangsa.
Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk membawa 10 jenama francais tempatan ke misi perdagangan di Dubai sempena Pameran Gulfood 2024 dan Gulf Francaise Expo 2024 baru-baru ini.
“Misi ini bertujuan mempromosikan pembangunan perniagaan dan menghubungkan rakan-rakan strategik Pernas yang turut hadir ke program tersebut ke pasaran antarabangsa.