Jualan Dsara Fried Chicken naik 60 peratus

14 April 2024 • Shah Alam • Sinar Harian

SHAH ALAM – Perniagaan francais makanan tempatan, Dsara Fried Chicken mencatatkan trend peningkatan jualan dengan purata sebanyak 60 peratus bagi semua cawangan sejak bulan Oktober tahun lalu.

Pengasasnya, Syarifudin Omar berkata, cawangan melibatkan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu merekodkan perubahan paling ketara berbanding kawasan lain.

“Sebelah Pahang sahaja, peningkatan jualan hampir 90 peratus. Sebelah utara dalam 60 peratus peningkatan.

“Penjualan ini konsisten maknanya ia tidak berubah, macam bulan Januari jatuh, Februari naik,” katanya kepada Sinar Ahad.

Ujar Syarifudin, gerakan boikot produk berkaitan Israel turut membuka peluang kepada jenama tempatan untuk lebih dikenali ramai.

Menurutnya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) turut memainkan peranan penting dalam membimbing para usahawan dalam aspek perkembangan perniagaan francais lokal selain bantuan kewangan.

“Mereka juga menyediakan kelas prosedur operasi standard (SOP), macam mana hendak menjadi francaisi dan lebih kepada mendidik.

“Sekali gus memberi kesedaran berhubung perniagaan francais kepada usahawan bumiputra,” katanya.

Jualan Dsara Fried Chicken naik 60 peratus

HRD Corp Pernas pacu usahawan Malaysia menerusi pertandingan Pitch & Grow

• Shah Alam

SHAH ALAM - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melaksanakan kerjasama strategik

‘Dapur Digital’ Buka Ruang Usahawan Wanita Jana Pendapatan

• Petaling Jaya

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Program ‘Dapur

Ewon Tinjau Premis Francaisi Az Motorsport, Bangga Kejayaan Jenama Francais Automatif Tempatan

• Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meninjau premis francaisi