Tadbir Urus Korporat

Pernas komited dalam mengamalkan tadbir urus yang berintegriti tinggi, dengan menekankan etika, kejujuran dan profesionalisme dalam setiap urusan dan tanggungjawab yang dijalankan. Reputasi kami dijaga bersama; oleh setiap individu yang mewakili Pernas.


Integriti

Pernas komited untuk mengamalkan standard tertinggi dalam etika dan integriti dalam setiap aktiviti perniagaan serta operasi hariannya. Setiap kakitangan dan individu yang bertindak bagi pihak Pernas bertanggungjawab untuk mengekalkan reputasi syarikat dengan melaksanakan urusan perniagaan secara jujur dan profesional.

Sehubungan itu, segala bentuk rasuah dan korupsi adalah dilarang sama sekali. Pernas telah melaksanakan dasar dan prosedur yang mencukupi melalui langkah-langkah berikut:

  1. Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah;
  2. Pelan Antirasuah Organisasi Pernas 2023–2027;
  3. Dasar Antirasuah dan Antikorupsi Pernas;
  4. Dasar Pemberian Hadiah, Hospitaliti, Derma, Tajaan dan Manfaat Seumpamanya;
  5. Dasar Pemberi Maklumat (Whistleblower);
  6. Ikrar Integriti;
  7. Kenyataan Dasar Antirasuah dan Antikorupsi Pernas;
  8. Manual Sistem Pengurusan Antirasuah Pernas;
  9. Prosedur Pengurusan Risiko ABMS Pernas (Penilaian dan Rawatan) ISO 37001:2016;
  10. Daftar Risiko Pernas – Penilaian Risiko Rasuah;
  11. Garis Panduan dan Fungsi Jabatan Integriti.

ABMS

Pernas mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Bagi meneguhkan komitmen ini, Pernas telah memperoleh pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 27 Januari 2023.

Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah ini berperanan sebagai sistem kawalan dalaman secara sukarela yang bertujuan untuk mengesan, mencegah, mengawal, menguatkuasa, menilai dan menambah baik langkah-langkah pengurusan antirasuah secara berkesan.


Organization Anti-Corruption Plan (OACP)

Pernas telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023–2027 berasaskan komitmen kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019–2023 dalam usaha memperkukuh tadbir urus, integriti dan langkah-langkah pencegahan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. OACP Pernas 2023–2027 merupakan dasar yang mencerminkan komitmen warga Pernas dalam membanteras segala bentuk rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa demi membudayakan integriti dalam setiap sistem penyampaian perkhidmatan di Pernas.

Kegagalan menangani isu rasuah dan integriti bukan sahaja mencemarkan reputasi organisasi, malah boleh menyebabkan kelemahan sistemik yang memberi kesan negatif kepada negara dan agensi-agensi kerajaan. Bagi mengekalkan kepercayaan awam dan memastikan kecemerlangan operasi, Pernas komited terhadap penghapusan sepenuhnya amalan rasuah dalam rangka pentadbirannya, sekali gus memperkukuh kestabilan dan keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan serta masyarakat umum.

Bidang Keutamaan
6
Strategik
6
Risiko
25
Inisiatif
141

Whistle-blowing

Di Pernas, kami komited untuk mencapai tahap integriti dan tadbir urus tertinggi dalam setiap urusan perniagaan dan operasi kami.

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai sebarang salah laku melibatkan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan prosedur, peraturan atau undang-undang yang berlaku dalam Pernas, sila laporkan kepada kami dengan memberikan maklumat yang diperlukan.

Pendedahan boleh dibuat melalui saluran berikut:

Isi maklumat anda dengan melengkapkan Borang Laporan Pemberi Maklumat (pautan borang WBP akan dimasukkan) dan hantarkan melalui pos atau e-mel ke:

Perhatian:

Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Jabatan Integriti
Aras 16, Menara Pernas, Tower 7, Avenue 7, Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.

Email:  [email protected]

Sistem e-Integriti Pernas