Skim Pra-Francais & Skim Francaisi Induk

Skim ini direka untuk menyokong pra-francaisor dan francaisi induk yang beraspirasi untuk mengembangkan jenama mereka melalui sokongan kewangan yang berlandaskan syarat pemilikan francais yang jelas.


Objektif

Memberikan bantuan kewangan kepada pra-francaisor dan francaisi induk yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Bagi francaisi induk, hak milik francais perlu diperolehi terlebih dahulu daripada francaisor.


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Perniagaan mesti menunjukkan prestasi kewangan yang menguntungkan serta dana pemegang saham yang positif dalam laporan kewangan yang telah diaudit terkini.

Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.


Struktur Pembiayaan

Jenis Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

RM50,000 hingga RM2 Juta (tertakluk kepada nisbah gearan tidak melebihi 4 kali)

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 10 tahun


Kadar Keuntungan

8.00% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Dengan cagaran)

9.56% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Tanpa cagaran)