Objektif
Mempromosikan peluang perniagaan sebagai kerjaya pilihan, khususnya bagi golongan bumiputera, untuk menjana sumber pendapatan yang mampan dan terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
- Pemilik syarikat harus berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun;
- Pemilik syarikat haruslah juga seorang pengusaha perniagaan tersebut;
- Keutamaan diberi kepada pemilik yang memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma;
- Permohonan adalah menerusi syarikat yang berdaftar;
- Syarikat mestilah 100% milik bumiputera;
- Syarikat perlulah memperolehi surat tawaran hak perlesenan dari lisensor yang berdaftar;
- Perniagaan perlesenan tersebut adalah patuh syariah;
- Permohonan pembiayaan menerusi syarikat milikan tunggal atau perkongsian adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja;
- Badan koperasi yang memohon haruslah menerusi syarikat Sendirian Berhad;
- Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.
Struktur Pembiayaan
Mod Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)
Saiz Pembiayaan
RM50,000 sehingga RM2 Juta
Margin Pembiayaan
Sehingga 70% dari kos projek
Tempoh Pembiayaan
5 hingga 7 tahun (tertakluk kepada tempoh perjanjian perlesenan)
Kadar Keuntungan
8.00% setahun
Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang.(Dengan cagaran)
9.56% Setahun
Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Tanpa cagaran)