Skim Pembiayaan Francaisor

Skim ini diwujudkan untuk menyokong francaisor dan francaisi induk dalam memperluas operasi perniagaan selaras dengan prinsip syariah.


Objektif

Menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor yang ingin mengembangkan perniagaan patuh syariah


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Perniagaan francais mestilah merupakan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd);
     
  • Perniagaan mesti berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA);
     
  • Syarikat mencatatkan keuntungan dan dana pemegang saham yang positif bagi penyata kewangan beraudit yang terkini;
     
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) outlet perniagaan francais yang beroperasi;
     
  • Perniagaan mesti patuh syariah;
     
  • Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.

Struktur Pembiayaan

Mod Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

RM100,000 hingga RM2 Juta
(tertakluk kepada nisbah gearan tidak melebihi 4 kali)

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 10 tahun


Kadar Keuntungan

8.00% setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Dengan cagaran)

9.56% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Tanpa cagaran)