Skim Pembiayaan Perniagaan SME

“Pembiayaan Fleksibel. Pertumbuhan Mampan” “Rakan Strategik Anda dalam Pembiayaan Perniagaan”


Tujuan Kemudahan Pelaburan

Kemudahan ini direka khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bagi memenuhi keperluan pengembangan perniagaan melalui pemerolehan perniagaan atau aset.


Jenis Pembiayaan

Pembiayaan Berjangka

Pembiayaan berstruktur bagi memenuhi keperluan perniagaan jangka sederhana hingga panjang, termasuk pengembangan dan pelaburan strategik.

Instrumen pembiayaan ini distrukturkan berdasarkan keperluan operasi perniagaan, corak aliran tunai serta profil kredit keseluruhan syarikat.

Kredit Pusingan

Flexible financing for short-term and recurring working capital capital needs, allowing businesses to draw, repay and redraw funds withing the approved limit.


Sektor Sasaran

Sektor sasaran adalah tertakluk kepada Polisi dan Garis Panduan Pelaburan PERNAS atau berdasarkan semakan oleh Pengurusan PERNAS. Penetapan sektor sasaran akan dipandu oleh daya maju sektor-sektor berkenaan serta potensinya untuk menjana pulangan tertinggi kepada PERNAS.

Sektor sasaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sektor-sektor berikut:
a. Pembuatan
b. Perkhidmatan
c. Teknologi
d. Penjagaan Kesihatan

Kriteria Kelayakan Syarikat Sasaran

  1. Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (“ROC”).
  2. Perniagaan syarikat mestilah patuh Syariah.
  3. Perniagaan dan pemilik perniagaan tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan.
  4. Perniagaan mestilah berdaya maju dari segi kewangan dan operasi.
  5. Syarikat mempunyai rekod keuntungan selepas cukai (“PAT”) minimum tiga (3) tahun berturut-turut tanpa gangguan.
  6. Dana pemegang saham minimum sebanyak RM1.5 juta berdasarkan akaun teraudit bagi tahun kewangan terkini.
  7. Keuntungan selepas cukai (PAT) terkumpul bagi tiga (3) tahun terakhir (teraudit) serta tahun semasa (unjuran) tidak kurang daripada RM1.0 juta, dengan PAT terkini sekurang-kurangnya RM500,000.

Struktur Pelaburan

Jenis Pembiayaan

Tawarruq

Margin Pembiayaan

Margin Pembiayaan (MOF) sehingga 100%

Saiz Pembiayaan

Sehingga nilai RM30.0 juta


Kadar Keuntungan

Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + Spread


Tempoh Pembiayaan

Sehingga tempoh maksimum 10 tahun (120 bulan)

Sehingga 5 tahun (60 bulan)

Tertakluk kepada semakan berkala yang akan ditentukan oleh FDD sekiranya berlaku kemungkiran.