Program i-VIP

Inisiatif baharu Pernas yang menyasarkan golongan veteran atau pesara bumiputera yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan francais. Melalui program ini, peserta i-VIP akan berpeluang untuk mendapatkan sokongan pembiayaan, latihan, khidmat nasihat dan konsultasi.


Objektif

Menyediakan pembiayaan khusus bagi usahawan veteran atau pesara bumiputera yang ingin menceburi perniagaan francais.


Komposisi Program

Sasaran:

  • Veteran badan beruniform Malaysia;
  • Pesara kerajaan;
  • Pesara korporat atau swasta;
  • Skim Pemisahan Sukarela (VSS);
  • Skim Pemisahan Bersama (MSS).

Tujuan Pembiayaan:

  • Untuk perniagaan permulaan atau yang sedia ada;
  • Pembelian peralatan, mesin, atau pengubahsuaian;
  • Modal kerja.

Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Pemohon:

  • Bumiputera;
  • Pesara atau veteran badan beruniform;
  • Umur antara 41 - 65 tahun;
  • Pemilik perniagaan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap;
  • Mengikuti latihan di franchise institute (FI).
     

Syarikat:

  • Sendirian Berhad, Perkongsian atau Pemilikan Tunggal;
  • Pesara atau veteran mesti memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan dalam syarikat;
  • Syarikat bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.


Perniagaan:

  • Perniagaan yang mematuhi syariah;
  • Jenama mesti didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Struktur Pembiayaan

Pembiayaan

Sehingga RM500,000

Margin Pembiayaan

Sehingga 90%*

Kadar Keuntungan

4% kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang

Jenis Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)

Jangka Masa Pembiayaan

Sehingga 5 tahun