Program i-VIP

Inisiatif baharu PERNAS yang menyasarkan golongan veteran atau pesara bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan francais. Melalui program ini, peserta i-VIP akan berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan, latihan, khidmat, nasihat dan juga konsultasi.


Objektif

Memperkasakan usahawan veteran atau pesara bumiputera menceburi perniagaan francais melalui latihan, bimbingan dan konsultasi agar ekosistem keusahawanan Malaysia lebih teguh. 


Komposisi Program

Sasaran:

  • Veteran badan beruniform Malaysia;
  • Pesara kerajaan;
  • Pesara korporat atau swasta;
  • Skim Pemisahan Sukarela (VSS);
  • Skim Pemisahan Bersama (MSS).

Tujuan Pembiayaan:

  • Untuk perniagaan permulaan atau yang sedia ada;
  • Pembelian peralatan, mesin, atau pengubahsuaian;
  • Modal kerja.

Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Pemohon:

  • Bumiputera;
  • Pesara atau veteran badan beruniform;
  • Umur antara 41 - 65 tahun;
  • Pemilik perniagaan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.

Perniagaan:

  • Perniagaan mesti telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.*;
  • Perniagaan yang mematuhi syariah.*;
  • Jenama mesti didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).*.

Nota: Kriteria ini hanya terpakai kepada peserta yang ingin menyertai Program Pembangunan Francais PERNAS.


Bagaimana untuk mula?

Lengkapkan program latihan 2 hari

Konsultasi & khidmat nasihat (3 - 6 bulan)

Permohonan Pembiayaan

Bimbingan selama 1 bulan

Penyaluran Pembiayaan

Mulakan perniagaan anda