Francaisor
Ingin meluaskan pasaran dan tingkatkan perniagaan anda ke tahap francais? Langkah anda bermula di sini.
Pernas menyediakan pembiayaan khusus untuk pra-francaisor dan francaisi induk yang berpotensi membina rangkaian francais tersendiri. Dengan sokongan kewangan yang menyeluruh, syarikat tempatan diberi peluang untuk melonjak dan meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan jangka panjang sebagai francaisor.


Francaisi
Langkah pertama anda untuk menceburi perniagaan berasaskan francais bermula di sini.
Sokongan ini merangkumi pembiayaan modal permulaan dan keperluan operasi, supaya francaisi dapat melangkah dengan yakin dan kekal berdaya saing. Dengan bimbingan dan struktur pembiayaan yang fleksibel, impian menjadi usahawan francais kini lebih mudah dicapai.
Lisensor
Kembangkan perniagaan anda dengan pembiayaan kami.
Sokongan ini ditawarkan khusus kepada syarikat tempatan yang memiliki hak perlesenan dan berpotensi mengembangkan perniagaan mereka melalui model perlesenan. Dengan bantuan kewangan yang terarah, lisensor dapat memperluas capaian pasaran dan membina asas perniagaan yang mampan.


Lisensi
Bidang keusahawanan francais kini ditawarkan sebagai laluan kerjaya yang realistik dan menarik. Melalui pakej francais mampu milik, inisiatif ini bertujuan membantu menjana sumber pendapatan yang mampan sambil menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti ekonomi dan pembangunan ekosistem francais tempatan, terutamanya bagi golongan bumiputera.
Transformasi Perniagaan (BIT)
Tingkatkan tahap perniagaan dan bina keyakinan anda untuk membina francais anda sendiri bersama kami.
Program Transformasi Perniagaan (BIT) diwujudkan untuk membantu usahawan mikro beralih kepada model perniagaan francais yang lebih sistematik. Melalui latihan, bimbingan dan pembiayaan yang disediakan, usahawan berpotensi diberi peluang untuk menstrukturkan semula operasi mereka dan membina asas kukuh ke arah pertumbuhan yang lebih stabil dan progresif.


Musa’adah Revolving Credit-i
Pembiayaan modal kerja pusingan patuh syariah dengan ciri yang fleksibel bagi menyokong usahawan yang memerlukan aliran tunai stabil bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan operasi harian.
Musa’adah Revolving Credit-i diperkenalkan untuk menyokong keperluan modal kerja perniagaan secara berterusan dan patuh syariah. Dengan ciri pembiayaan pusingan yang fleksibel, perniagaan boleh mengakses dana mengikut keperluan operasi dalam had yang diluluskan.
Program i-VIP
Pengalaman bukan sekadar kenangan : ia bekalan untuk masa hadapan.
Program i-VIP diwujudkan untuk membantu veteran dan pesara bumiputera memulakan semula kerjaya dalam bidang keusahawanan francais. Melalui latihan, padanan perniagaan, bimbingan dan pembiayaan, peserta dibimbing untuk membina perniagaan yang stabil, terancang dan berdaya maju.
