Objektif
Memberi sokongan kewangan kepada Licensor untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
- Syarikat Sendirian Berhad;
- 100% syarikat milikan tempatan;
- Syarikat yang menjalankan perniagaan perlesenan yang berdaftar dengan pihak berwajib dan telah mendaftar cap dagangan dengan MyIPO;
- Syarikat yang memegang hak francais induk dari francaisor asing yang masih belum mendaftar perniagaan francaisnya di Malaysia dengan Pendaftar Francais;
- Perniagaan perlesenan yang mempunyai konsep yang jelas dengan pakej yang lengkap;
- Sekurang-kurangnya satu (1) pemegang saham yang secara aktif mengendalikan perniagaan;
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun;
- Mempunyai rekod perniagaan beraudit dua (2) tahun) terkini yang menguntungkan dengan dana pemegang saham yang positif;
- Perniagaan yang patuh Syariah;
- Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.
Struktur Pembiayaan
Mod Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)
Saiz Pembiayaan
RM50,000 sehingga RM2 Juta. Tertakluk nisbah gearan tidak melebihi 4 kali
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 10 tahun
Kadar Keuntungan
8.00% setahun
Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Dengan cagaran)
9.56% Setahun
Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Tanpa cagaran)