Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dihantar oleh pengunjung. Seperti yang anda ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) telah diluluskan pada tahun 2010 dengan bertujuan untuk dikuatkuasakan pada tahun 2013. Pernas menghargai privasi pelanggan kami dan dalam usaha untuk memastikan pematuhan kepada Akta tersebut. Kami ingin menarik perhatian anda kepada dasar privasi dan keselamatan seperti berikut:-
Privasi anda
Sekiranya anda memilih untuk membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi butiran peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Terkumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya digunapakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini pada halaman ini. Layari halaman ini dengan kerap, untuk mengetahui sebarang perubahan, cara penggunaannya dan dalam keadaan tertentu, maklumat akan dikongsi bersama pihak yang lain.
>>> Notis Perlindungan Data Peribadi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)