Skim Francais
Skim ini memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan model francais yang telah terbukti berjaya, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa, dengan sokongan pelaburan ekuiti strategik.

Skim Pra-IPO
Pembiayaan strategik yang dirangka khusus untuk menyokong pertumbuhan francais berprestasi tinggi yang bersedia melonjak ke peringkat penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat.

Skim Mezanin
Pembiayaan berasaskan ekuiti untuk perniagaan francais berpotensi tinggi yang dirangka untuk memperkukuh pertumbuhan dan memperluas pasaran menerusi pelaburan strategik yang fleksibel dan berstruktur.
