Objektif
Menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan francais (tempatan dan luar negara) yang terbukti model perniagaannya dengan bantuan pembiayaan.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
- Tren dan potensi pertumbuhan yang tinggi;
- Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) sebagai: Francaisor / Pemegang Francais Induk / Pemegang Francais kepada Francaisor Asing;
- Minimum dua (2) tahun berturut-turut Keuntungan Selepas Cukai (PAT) dengan PAT terakhir mencatatkan sekurang-kurangnya RM500,000;
- Dana pemegang saham minimum RM1 juta.
Struktur Pelaburan
Kaedah Pelaburan | Saiz Pelaburan | Tempoh Pelaburan |
---|---|---|
Langganan saham biasa dan / atau Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar (RCPS) | Maksimum
RM5 Juta | Maksimum
5 tahun |
Saham Biasa: Kepentingan ekuiti maksimum 49% dalam Syarikat sasaran Kadar Pulangan: Minimum 8% setahun melalui Put or Call Option |
||
RCPS: Kadar dividen tetap sebanyak 6%-8% setahun (tidak tertakluk kepada nisbah penggearan maksimum sebanyak 2 kali) |
Format Cadangan
Muat turun kertas cadangan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.