Objektif
Menyokong perniagaan francais (tempatan dan luar negara) yang terbukti model perniagaannya dan mempunyai potensi tinggi untuk dipasarkan dengan bantuan pembiayaan.
Kriteria Syarikat
- Tren dan potensi pertumbuhan yang tinggi;
- Keuntungan Selepas Cukai (PAT) untuk dua (2) tahun terakhir (diaudit) + PAT tahun semasa (ramalan) sekurang-kurangnya RM1 juta; dan
- Dana pemegang saham minimum sebanyak RM2 juta.
Struktur Pelaburan
Kaedah Pelaburan | Saiz Pelaburan | Tempoh Pelaburan |
---|---|---|
Langganan saham biasa dan/atau Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar (RCPS) |
|
Maksimum
5 tahun |
Saham Biasa: Kepentingan ekuiti maksimum 30% dalam Syarikat sasaran Kadar Pulangan: Minimum 8% setahun melalui Put or Call Option |
||
RCPS: Kadar dividen tetap sebanyak 6% setahun (tidak tertakluk kepada nisbah penggearan maksimum sebanyak 2 kali) |
Fi / Kos
- Fi pemprosesan: 1% – 1.5%;
- Analisa Kewajaran Kewangan: RM30,000 – RM100,000 (Anggaran);
- Analisa Kewajaran Undang-Undang dan Dokumentasi: RM25,000 – RM50,000 (Anggaran).
Format Cadangan
Muat turun kertas cadangan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.