Ewon lancar outlet francais ‘1901’ pertama di Sabah, galak usahawan ceburi sektor francais

19 May 2024 • Penampang • Sabah News Today

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan outlet francais 1901 pertama di Sabah terletak di KDCA Penampang.

1901 merupakan anak syarikat Pernas, satu daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan diusahakan oleh seorang usahawan wanita di Sabah.

Ewon berkata, setakat ini, outlet 1901 mempunyai 44 premis di seluruh negara dan berharap pembukaan premis ini di Sabah akan meningkatkan minat serta motivasi kepada bakal usahawan francaisi menceburi sektor ini.

“Bagi Sabah, dari tahun  2007 sehingga hari ini, Pernas telah membangunkan seramai 63 usahawan francaisi dan telah menyalurkan pembiayaan sekitar RM14 juta.

“Ini satu perkembangan yang memberangsangkan dan saya mengalu-alukan lebih ramai rakyat Sabah akan berkecimpung dalam sektor francais di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Outlet 1901, di KDCA Penampang.

Ewon merupakan Ahli Parlimen Penampang berkata, Pernas adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan keusahawanan francais, akan terus memberikan perkhidmatan dan bimbingan kepada usahawan-usahawan yang berminat menceburi bidang francais.

“Saya berharap rakyat Malaysia di Sabah merebut peluang yang ada untuk menceburi perniagaan dalam bidang francais.

“Saya ingin melihat lebih banyak penyertaan usahawan kita dalam bidang ini, kita tidak boleh menjadi pembeli semata-mata tetapi harus menjadi usahawan francaisi,” katanya.

Ewon lancar outlet francais ‘1901’ pertama di Sabah, galak usahawan ceburi sektor francais

Pernas Salur RM21 Juta Perkasa Usahawan Francais

George Town

GEORGE TOWN, 28 Julai – Sebanyak 69 usahawan francais bumiputera menerima pembiayaan perniagaan

Pernas Hands Out RM21 Million In Franchise Financing To 69 Bumiputera Entrepreneurs At PIHEX 2026

Pulau Pinang

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) delivered RM21 million in franchise financing to 69 Bumiputera

Penyaluran Pembiayaan RM21 Juta Bagi Memperkasa Usahawan Francais

Pulau Pinang

Penyaluran pembiayaan perniagaan francais berjumlah RM 21 juta telah diberikan kepada 69 usahawan