Pernas diminta perkasa industri francais, teroka sektor baharu

28 February 2024 • Kuala Lumpur • Berita RTM

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) diminta untuk meneliti sektor-sektor baharu yang boleh diterokai secara serius bagi memperkasakan lagi industri francais di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk melihat lebih banyak program-program perniagaan francais baharu dapat ditawarkan kepada para usahawan yang berminat.

“Saya sudah minta Pernas lakukan dan mereka akan kembali memberikan maklum balas kepada saya, sebab saya fikir pertimbangan itu perlu diteliti dengan lebih baik sebelum mereka membuat ketetapan untuk menjadikan ia satu pelaburan yang boleh kita tawarkan kepada usahawan-usahawan francais.

“Salah satunya ialah melihat kepada sektor optometri selain daripada sektor makanan dan minuman (F&B),” katanya ketika ditemui dalam Majlis Peluncuran Pakej Francais ‘Focus Point Sightsavees’ & Sesi Menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PERNAS dan Focus Point Care Group Sdn Bhd di ibu negara.

Sementara itu sebanyak RM50 juta peruntukan bagi pembiayaan francais bakal dinikmati 290 usahawan melalui Pernas tahun ini.

“Saya berharap dengan adanya memorandum persefahaman (MoU) ini dapat menyediakan peluang baru kepada usahawan usahawan di bawah program pembangunan francais kita di negara.

“Seperti mana yang di nyatakan oleh pernas dan juga fokus point mereka telah dapat membantu dan menyediakan platform kepada usahawan usahawan untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Saya amat yakin dengan adanya MoU ini akan memberi peluang baru kepada usahawan-usahawan baru,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan; Pengerusi Pernas Datuk Hazimah Zainudin; Ketua Pegawai Operasi Pernas Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Presiden Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd Datuk Liaw Choon Liang.

Pernas diminta perkasa industri francais, teroka sektor baharu

HRD Corp Pernas pacu usahawan Malaysia menerusi pertandingan Pitch & Grow

• Shah Alam

SHAH ALAM - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) melaksanakan kerjasama strategik

‘Dapur Digital’ Buka Ruang Usahawan Wanita Jana Pendapatan

• Petaling Jaya

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Program ‘Dapur

Ewon Tinjau Premis Francaisi Az Motorsport, Bangga Kejayaan Jenama Francais Automatif Tempatan

• Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meninjau premis francaisi