Pernas Peruntuk RM360,000 Bangunkan He & She Coffee ke Arah Francais

21 March 2023 • Gombak

GOMBAK, 21 MAC 2023 — Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) terus giat membantu usahawan-usahawan membangunkan perniagaan ke arah francais selari dengan peranan Pernas selaku Peneraju Francais Malaysia dan aspirasi Pernas iaitu Memperkukuh Pertumbuhan, Menghubungkan Peluang. Terbaharu, jenama He & She Coffee iaitu salah satu jenama yang berpotensi difrancaiskan telah mendapat bimbingan dan bantuan pembiayaan daripada Pernas.

Melalui Program Be Your Own Boss (BYOB) dan Projek Excelerator, jenama He & She Coffee bakal menerima peruntukan berjumlah RM360,000 iaitu pembiayaan sebanyak RM300,000 melalui Program BYOB manakala peruntukan sebanyak
RM60,000 melalui projek Xcelerator. Jenama ini kini telah didaftarkan di Malaysia Franchise Express (MyFEX), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan dijangka mencapai status francais pada Julai tahun ini.

Berucap pada Majlis Soft Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di IIUM Gombak, Pengerusi Pernas, YBhg. Dato’ Hazimah binti Zainuddin berkata, program- program Pernas seperti Projek Xcelerator bertujuan meningkatkan bilangan
penglibatan usahawan siswa siswi dan graduan dalam keusahawanan francais. Bercakap mengenai Projek Xcelerator, sejak diperkenalkan pada 2021, sebanyak 34 jenama telah terlibat dalam projek ini.

He & She Coffee merupakan jenama kopi kampus menawarkan pakej pra-francais mampu milik serendah RM250,000 sehingga RM580,000. Kini, jenama ini telah memiliki 30 cawangan di seluruh Malaysia dan bakal membuka lima (5) cawangan baharu pada tahun ini. Jenama ini menyasarkan 50 cawangan kampus di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dalam tempoh lima (5) tahun.

Berbeza dengan jenama kopi yang lain, selain mengetengahkan konsep kopi gaya hidup kampus, He & She Coffee juga membuka peluang keusahawanan kepada siswazah daripada golongan kurang berkemampuan. Secara tidak langsung, inisiatif
ini mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dan melahirkan usahawan francais muda dalam kalangan siswazah.

Mengulas mengenai industri kopi di Malaysia, YBhg Dato’ Hazimah Zainuddin menyatakan budaya minum kopi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat negara ini perlu diteliti secara kritis. Usahawan perlu bijak mengambil peluang dan melihat senario ini sebagai peluang yang baik sekali gus merancakkan lagi industri F&B kopi negara.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah YBrs. Encik Zulkiflee Yusof, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee dan YBhg. Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Alumni IIUM dan Lisensi He & She Coffee IIUM Gombak.

Untuk urusan media, sila hubungi: Hamidah Ibrahim, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik melalui emel, [email protected] atau hubungi talian 03-2082 7788 samb. 7941.

_________________________________________________________________

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang
berkualiti seperti berikut:

  1. Skim pembiayaan yang merangkumi semua keperluan perniagaan termasuk perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja;
  2. Pembiayaan dan pelaburan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
  3. Khidmat latihan, bimbingan dan konsultasi untuk pembangunan usahawan
    ke arah perniagaan francais.

Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia. Selain itu, Pernas juga menawarkan perkhidmatan lain seperti latihan, penyewaan ruang runcit, pelaburan dan pembiayaan hartanah (berkaitan dengan francais) dan pelaburan ekuiti.

Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

34 Rangkaian Outlet Gloria Jean's Coffees Terima Sijil Halal Jakim

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. meraikan pengiktirafan kepada

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa