Peluang Teroka Perniagaan Francais: Fi Pakej Francais Focus Point Sightsavers Beri Penjimatan 70% Kepada Francaisi Baharu

28 February 2024 • Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyediakan pembiayaan francais bernilai sebanyak RM 50 juta tahun ini. Seramai 290 orang usahawan disasarkan bakal menerima manfaat menerusi pembiayaan ini.

YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Pakej Francais ‘Focus Point Sightsavers’ & Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pernas dan Focus
Point Care Group Sdn. Bhd. bagi pembiayaan kepada francaisi yang mengambil pakej francais tersebut.

YB Datuk Ewon Benedick juga menyeru agar para usahawan samada yang sudah berniaga secara francais atau belum untuk mengambil peluang dan meneroka pakej perniagaan yang disediakan oleh Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd pada kali ini,

Syarikat Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd memperkenalkan pakej francais ‘Focus Point Sightsavers’ dengan penjimatan kos permulaan perniagaan sehingga 70% merupakan inisiatif yang menggunakan pembiayaan francais yang disediakan
oleh Pernas. Pakej ini mempunyai konsep waktu operasi fleksibel, renovasi premis perniagaan tanpa kos dan modal permulaan yang berpatutan kepada francaisi baharu.

Hadir sama YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Hazimah binti Zainudin, Pengerusi Pernas, dan YBhg. Dato’ Liaw Choong Liang, Presiden Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd.

Sejak tahun 2023 dan sehingga kini, pelbagai program pembangunan dan pembiayaan perniagaan telah dan bakal melahirkan lebih 300 usahawan francais baharu serta membuka lebih 800 peluang pekerjaan di seluruh negara. 

___________________________________________________________________

Untuk urusan media, sila hubungi: Nurzahirah Md. Zamri, Jabatan Komunikasi Strategik Pernas melalui emel, [email protected] atau hubungi talian 03-2082 7788 samb. 7949.
_________________________________________________________________

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. 

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:

  1. Skim pembiayaan yang merangkumi semua keperluan perniagaan termasuk perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja;
  2. Pembiayaan dan pelaburan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
  3. Khidmat latihan, bimbingan dan konsultasi untuk pembangunan usahawan ke arah perniagaan francais.

Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia. Selain itu, Pernas juga menawarkan perkhidmatan lain seperti latihan, penyewaan ruang runcit dan pelaburan ekuiti.

Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai enam (6) pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah (Kota Kinabalu & Sandakan) dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

Mou-Focus-Point-7 Mou-Focus-Point-10 Mou-Focus-Point-5 Mou-Focus-Point-3

34 Rangkaian Outlet Gloria Jean's Coffees Terima Sijil Halal Jakim

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. meraikan pengiktirafan kepada

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa