Nor Azam dilantik jadi CEO

14 April 2025 • Kuala Lumpur • Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pernas dalam satu kenyataan berkata pelantikan Nor Azam menandakan permulaan lembaran baharu bagi Pernas, pengalaman luas serta kepakaran beliau diyakini mampu memperkukuh kedudukan syarikat dan melonjakkan pencapaiannya ke tahap lebih tinggi.

"Nor Azam mempunyai pengalaman lebih 26 tahun di sektor perbankan dan kewangan.

"Beliau pernah berkhidmat di Malaysia Building Society Bhd (MBSB), semasa di sana, beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024," kata kenyataan itu.

Selain itu, Nor Azam pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank.

-BERNAMA

Nor Azam dilantik jadi CEO

Pernas Salur RM21 Juta Perkasa Usahawan Francais

George Town

GEORGE TOWN, 28 Julai – Sebanyak 69 usahawan francais bumiputera menerima pembiayaan perniagaan

Pernas Hands Out RM21 Million In Franchise Financing To 69 Bumiputera Entrepreneurs At PIHEX 2026

Pulau Pinang

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) delivered RM21 million in franchise financing to 69 Bumiputera

Penyaluran Pembiayaan RM21 Juta Bagi Memperkasa Usahawan Francais

Pulau Pinang

Penyaluran pembiayaan perniagaan francais berjumlah RM 21 juta telah diberikan kepada 69 usahawan