Pernas sasar buka 10 cawangan Gloria Jean’s bersama koperasi

21 Januari 2023 • Kuala Lumpur •

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya, Wonderful Lifestyle Sdn Bhd (WLSB) menyasarkan kolaborasi bersama koperasi bagi membuka 10 cawangan Gloria Jean’s Coffees dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, syarikat itu hari ini membuka cawangan baharu ke-47 di Menara Felda – Platinum Park KLCC kepunyaan Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP).

Ahli Lembaga Pengarah (Exco) Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek berkata, diharapkan lebih banyak koperasi menceburi dan melabur dalam industri francais khususnya Gloria Jean’s Coffees.

Beliau berkata, pihak koperasi akan dibantu dari segi konsultasi, latihan dan teori serta dibimbing bagi memastikan pulangan pelaburan dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tambahnya, potensi perniagaan kopi dalam bidang francais perlu diteroka oleh pihak koperasi dan diteliti secara kritis.

“Pembukaan cawangan oleh FELKOP ini diharap menjadi satu tanda aras kepada koperasi-koperasi lain untuk meneroka peluang menceburi dan melabur dalam francais Gloria Jean’s Coffees,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abu Bakar As-Sidek memberitahu, Pernas turut memberi peluang kepada bakal usahawan bukan sahaja individu malah kepada pihak koperasi selain menyediakan pelbagai bentuk kemudahan seperti khidmat nasihat, pembiayaan dan program latihan bagi membantu mereka untuk memulakan perniagaan khususnya dalam bidang francais.

pernas koperasi

Pernas Salur RM21 Juta Perkasa Usahawan Francais

George Town

GEORGE TOWN, 28 Julai – Sebanyak 69 usahawan francais bumiputera menerima pembiayaan perniagaan

Pernas Hands Out RM21 Million In Franchise Financing To 69 Bumiputera Entrepreneurs At PIHEX 2026

Pulau Pinang

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) delivered RM21 million in franchise financing to 69 Bumiputera

Penyaluran Pembiayaan RM21 Juta Bagi Memperkasa Usahawan Francais

Pulau Pinang

Penyaluran pembiayaan perniagaan francais berjumlah RM 21 juta telah diberikan kepada 69 usahawan