24 Februari 2025 • Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) telah melaksanakan program CSR ‘Back To School’ yang memberi manfaat kepada 400 murid di kawasan Sungai Buloh menjelang sesi akademik 2025/2026.
Program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan di kawasan tersebut di mana sebanyak 400 orang murid telah dikenalpasti untuk menerima bantuan barangan persekolahan.
Menurut YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh menyatakan bahawa program ini bukan sahaja bertujuan menyantuni golongan rakyat melalui teras “MADANI Ihsan” malah membuktikan pihak kementerian dan agensi sentiasa peka dan cakna dengan keperluan masyarakat.
Program ‘Back To School’ merupakan inisiatif program CSR PERNAS yang pertama pada tahun ini sebagai tanda sokongan dan keprihatinan KUSKOP dan agensinya terhadap golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan pembelajaran yang selesa dan sejahtera.
Pada tahun lalu, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan melalui PERNAS dengan kerjasama Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. (Focus Point) telah menyumbangkan 300 cermin mata percuma kepada penduduk di Parlimen Sungai Buloh. Tahun ini, KUSKOP melalui PERNAS akan terus merangka lebih banyak program CSR bagi membantu mereka yang memerlukan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyatakan “pelaksanaan program CSR sebegini membuktikan bahawa keprihatinan bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan!”
Program turut dihadiri YM Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau inisiatif lain PERNAS, sila hubungi:
Datin Suriani Abdul Rahman
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik
Emel : [email protected]
No. Telefon : +603-2082 7788 samb. 7941
PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membantu mengembangkan komuniti keusahawanan negara.
PERNAS komited untuk memperkasakan pertumbuhan keusahawanan dan industri francais di Malaysia. Dari bimbingan hingga menghubungkan jalinan rangkaian, pembiayaan dan latihan, kami menyasarkan untuk mengembangkan pengetahuan, mengukuhkan komuniti francais dan memupuk bakat francais generasi akan datang. Dengan cara ini, kami percaya ia dapat memacu perubahan positif merentasi landskap keusahawanan Malaysia.
Laman web : www.pernas.my
Facebook : pernasofficial
Twitter : pernasofficial
Instagram : pernasofficial


