Bubbles O2 Sdn Bhd Umum Pembukaan Rasmi Pusat Pengilangan Baharu di Rantau, Negeri Sembilan: Sedia Luaskan Lagi Pasaran Ke Eropah dan Asean

22 Ogos 2024 • Rantau

RANTAU, 22 Ogos — Bubbles O2 Sdn Bhd, syarikat peneraju industri air mineral beroksigen di Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Pengilangan Baharu–Post Expansion yang terletak di Kampung Kanchong, Rantau, Negeri Sembilan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Peluasan pusat pengilangan baharu ini juga menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Bubbles O2 dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk air mineral beroksigen semula jadi mereka. Ini selaras dengan perancangan syarikat ini untuk meluaskan lagi pasaran ke Eropah dan ASEAN. Bubbles O2 kini bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan di peringkat global.

YB Datuk Ewon Benedick, menerusi ucapannya memuji pencapaian Bubbles O2 yang luar biasa dalam tempoh singkat sejak penubuhannya pada tahun 2019 yang telah berjaya memperlihatkan prestasi yang cemerlang melalui pelbagai inisiatif termasuk penajaan acara-acara berprestij seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) dan menjadi Rakan Rasmi Air Mineral Beroksigen untuk Majlis Sukan Negara (MSN) dan Malaysian Football League (MFL).

Kejayaan syarikat ini juga terserlah melalui peningkatan kapasiti pengeluaran sebanyak tiga kali ganda sejak akhir 2023 serta kejayaan menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Indonesia, Dubai, dan Amerika Utara.

YB Datuk Ewon turut berkata “Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berbangga dengan kejayaan syarikat-syarikat PKS tempatan seperti Bubbles O2. KUSKOP komited untuk terusmenyokong usahawan-usahawan ini melalui pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif, termasuk pembiayaan dan geran.

Encik Arifin Marzuki, Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 menyatakan bahawa pembukaan pusat pengilangan baharu ini adalah satu langkah penting dalam usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat serta memperluaskan rangkaian produk mereka. “Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada Bubbles O2 khususnya KUSKOP dan agensinya Pernas, SME Bank dan SME Corp. Malaysia. Pernas pada tahun ini telah melabur sebanyak RM5 juta bagi pembelian mesin dan perbelanjaan operasi untuk syarikat Bubbles O2.

Kami yakin bahawa dengan pembukaan pusat pengilangan baharu ini, Bubbles O2 akan terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar.”

Sejak penubuhannya, Bubbles O2 telah berjaya menembusi pasaran domestik melalui rangkaian seperti Petronas Mesra, 7-Eleven, AEON BIG, AEON Co., Lotus’s, MYDIN, dan lain-lain. Tambahan pula, sejak tahun 2023, Bubbles O2 telah giat memasuki pasaran antarabangsa dengan bantuan agensi-agensi di bawah KUSKOP untuk mempromosikan produk mereka serta menjalankan kajian pasaran sebagai inisiatif untuk eksport ke pasaran global.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi lawatan ke pusat pengilangan baharu dan tetamu yang hadir berpeluang untuk melihat sendiri proses pengilangan Bubbles O2 yang kini telah hampir lengkap dengan mesin automasi penuh.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Encik Chek Zainuddin Chek Jusoh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor KUSKOP dan Pengurusan Tertinggi daripada SME Corp. Malaysia, SME Bank dan Pernas serta Pengerusi Eksekutif Bubbles O2, Encik Arifin Marzuki dan Pengarah Urusan, Cik Ain Azizah.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
22 OGOS 2024

  Muat Turun PDF

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa