22 Februari 2024 • Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Pernas dan syarikat milik penuh Pernas iaitu Malaysia International Franchise Sdn Bhd (‘MyFranchise’) akan melabur sebanyak RM62 juta untuk tempoh lima tahun iaitu bermula 2024 sehingga 2029 dalam inisiatif menambah 50 buah outlet Gloria Jean’s Coffees dan 100 buah outlet 1901 Frankfurters.
Dengan jumlah unjuran pulangan jualan sebanyak RM1.8 juta setahun bagi setiap cawangan Gloria Jean’s Coffees dan unjuran pulangan jualan sebanyak RM600 ribu setahun bagi setiap cawangan 1901 Frankfurters, ia bakal mencipta sehingga 900
peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun untuk kedua-dua jenama tersebut. Menerusi pelan perniagaan strategik bagi tempoh lima tahun bermula 2024 sehingga 2029, MyFranchise akan membina ekosistem keusahawanan menyeluruh meliputi
antaranya penambahbaikan rantaian bekalan (central kitchen), logistik, pemerkasaan pemasaran dan rangkaian bahan mentah.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick berkata “Ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Usahawan Francais Nasional 2030 (D- PUF 2030) yang kini sedang dimuktamadkan untuk memastikan ekosistem keusahawanan francais di negara ini berkembang dengan lebih teratur dan berstruktur, sekali gus membuka lebih banyak peluang dan meningkatkan potensi keusahawanan di Malaysia, dengan nilai sasaran jualan francais sebanyak RM100
bilion menjelang 2030”.
YB Datuk Ewon Benedick telah hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran ‘Flagship Store’ 1901 Frankfurters dan Gloria Jean’s Coffees bertempat di Menara Pernas. Ia merupakan salah satu daripada inisiatif Pernas dan MyFranchise untuk memperkasa
pertumbuhan industri francais Malaysia di samping menyediakan sokongan pembiayaan terutamanya kepada usahawan baru yang ingin berjinak dalam dunia francais.
Unjuran kos pembukaan sebuah ‘Flagship Store’ Gloria Jean’s Coffees adalah RM1 juta, ia dijangka akan mencipta sebanyak 500 peluang pekerjaan. Dan bagi 1901 Frankfurters pula unjuran kos pembukaan sebuah ‘Flagship Store’ adalah RM120 ribu,
dan ia dijangka mencipta sehingga 400 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
Hadir sama, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, YBhg. Dato’ Hazimah binti Zainudin, Pengerusi Pernas dan Yang Berusaha Ahmad Jeoffrey Aladib, Ketua Pegawai Eksekutif MyFranchise.
Untuk urusan media, sila hubungi: Nurzahirah Md. Zamri, Jabatan Komunikasi Strategik Pernas melalui emel, [email protected] atau hubungi talian 03- 2082 7788 samb. 7949.
_________________________________________________________________
PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)
Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.
Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan ju lah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:
- Skim pembiayaan yang merangkumi semua keperluan perniagaan termasuk perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja;
- Pembiayaan dan pelaburan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
- Khidmat latihan, bimbingan dan konsultasi untuk pembangunan usahawan ke arah perniagaan francais.
Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia. Selain itu, Pernas juga menawarkan perkhidmatan lain seperti latihan, penyewaan ruang runcit dan pelaburan ekuiti.
Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai enam (6) pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah (Kota Kinabalu & Sandakan) dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.
