Pernas Beri Pembiayaan Kepada Seoul Garden Buka Cawangan Baharu

11 November 2024 • Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2024 – Zingapore Grill Private Limited menerusi jenama Seoul Garden, jenama francais dalam bidang makanan dan minuman (F&B) kini sedang mempergiat usaha melebarkan sayap dengan membuka 15 cawangan baharu pada tahun 2025. Pembukaan cawangan ini termasuklah empat (4) cawangan Seoul Garden Buffet, dua (2) cawangan Seoul Garden Hotpot dan sembilan (9) cawangan Seoul Garden Korbi Grill.

Pelancaran cawangan jenama Seoul Garden Korbi Grill pada hari ini merupakan cawangan ketiga bagi jenama ini dan cawangan ke-48 bagi jenama Seoul Garden.

Seoul Garden Korbi Grill mempunyai cawangan di MyTown Shopping Mall, Kuala Lumpur, The Summer Shopping Mall, Kuching dan yang terbaru di Jaya Shopping Centre, Selangor.

Menurut Wan Khairul Annuar Bin Wan Zainal, Pengarah Francais, Zingapore Grill Private Limited, “Pembukaan cawangan jenama ini tidak terhad secara agresif di dalam negara, malah kami juga telah menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Singapura.”

Tambah beliau, usaha menambah jumlah cawangan di negara ini turut disokong oleh PERNAS dengan bantuan pembiayaan dan latihan kepada para francaisi. Untuk pembukaan cawangan pada hari ini merupakan hasil bantuan PERNAS dengan pembiayaan sebanyak RM500,000 melalui Program Be Your Own Boss (BYOB) di bawah skim Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET).

Manakala, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS menyatakan, cawangan Seoul Garden Korbi Grill ini merupakan cawangan pertama yang menerima bantuan dari PERNAS.

“PERNAS mengalu-alukan lebih ramai usahawan untuk menyertai program BYOB di mana bakal usahawan bukan sahaja menerima bantuan pembiayaan, malah latihan mengenai francais secara komprehensif melalui Franchise Institute yang dimiliki PERNAS serta pantauan selama enam (6) bulan yang pertama bagi memastikan bakal usahawan menjalankan perniagaan mereka dengan baik.” tambah beliau.

Hadir sama Puan Afizah Hamdan, francaisi Seoul Garden Korbi Grill cawangan Jaya Shopping Centre.

Untuk urusan media, sila hubungi:

Datin Suriani Abdul Rahman
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik PERNAS
[email protected]
03-2082 7941 / 012-201 7132

Wan Khairul Annuar Bin Wan Zainal
Franchise Director, Zingapore Grill Pte Ltd
[email protected]
012-3039087

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

PERNAS adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:

Skim pembiayaan yang merangkumi semua keperluan perniagaan termasuk perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja;

Pembiayaan dan pelaburan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan

Khidmat latihan, bimbingan dan konsultasi untuk pembangunan usahawan ke arah perniagaan francais.

Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia.

Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima (5) pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

Sesi memotong riben di cawangan Seoul Garden Korbi Grill di Jaya Shopping Centre. Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah (tengah) bersama Wan Khairul Annuar (kiri sekali) serta francaisi, Afizah Hamdan (dua dari kanan).

Sesi bergambar di hadapan outlet Seoul Garden Korbi Grill di Jaya Shopping Centre.

 

  Muat Turun PDF
korbi 1 korbi 2

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa