Pernas Santuni Anak-Anak Asnaf dan Ibu Tunggal Melalui Program CSR Sinar Ramadan

22 Mac 2024 • Kampung Kerinchi

KAMPUNG KERINCHI, 22 MAC 2024 – Seramai 60 anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal dibantu melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pernas yang pertama pada tahun ini di mana Pernas telah memperuntukkan belanjawan sebanyak
RM20,000 untuk disumbangkan kepada para penerima dan juga sumbangan khas kepada Masjid Ar-Rahah.

Bagi meraikan dan membantu persiapan kelengkapan menyambut bulan Syawal, Pernas iaitu agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyantuni anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal sempena Majlis Iftar dan Program CSR Sinar Ramadan Pernas 2024 di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Inisiatif Program CSR Sinar Ramadan ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat untuk membantu golongan yang memerlukan untuk persiapan menyambut bulan Syawal.

Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Ketua Pegawai Operasi Pernas, menyatakan Pernas komited menjuarai program-program CSR melalui tiga (3) terasnya iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Selain Program CSR Sinar Ramadan, Pernas juga mempunyai beberapa inisiatif CSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan. Turut hadir dalam program pada hari ini adalah Dato’ Azlan Abu Rais, Ahli Lembaga
Pengarah Pernas dan Encik Muhammad Shaheedzam Shamsuddin, Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Ekonomi Masjid Ar-Rahah.

_________________________________________________________________

Untuk urusan media, sila hubungi: Datin Suriani Abdul Rahman, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Pernas melalui emel, suriani.rahman@pernas.my atau hubungi talian 03-2082 7788 samb. 7941

_________________________________________________________________

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:

  1. Skim pembiayaan yang merangkumi semua keperluan perniagaan termasuk perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja;
  2. Pembiayaan dan pelaburan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
  3. Khidmat latihan, bimbingan dan konsultasi untuk pembangunan usahawan ke arah perniagaan francais.

Pernas menyediakan khidmat latihan dan skim khas untuk francaisor dan francaisi dan mengalu-alukan rakan-rakan francais ke Malaysia. Selain itu, Pernas juga menawarkan perkhidmatan lain seperti latihan, penyewaan ruang runcit dan pelaburan ekuiti.

Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai enam (6) pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah (Kota Kinabalu & Sandakan) dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

  Muat Turun PDF
Pernas-CSR-Asnaf-1

Penyaluran Pembiayaan RM21 Juta Bagi Memperkasa Usahawan Francais

Pulau Pinang

PULAU PINANG, 27 Julai 2026 – Penyaluran pembiayaan perniagaan francais berjumlah RM21 juta telah diberikan kepada 69 usahawan francais Bumiputera

Pernas Perkasa Ibu Tunggal B40 Melalui Kerjasama CSR Bersama Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Julai 2026 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) hari ini menjalin
kerjasama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi

Pernas Perluas Program Jejak Cemerlang 2025 ke Sekolah Luar Bandar

Lanchang, Pahang

LANCHANG, 30 Oktober 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) meneruskan komitmen dalam memperkasakan pelajar sekolah menengah melalui Program CSR