SWEET

Program khas yang menyasarkan wanita bumiputera yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan francais, pra-francais atau perlesenan patuh syariah. Menerusi program SWEET, peserta berpeluang menjalani proses padanan perniagaan, mendapatkan bantuan pembiayaan, mengikuti latihan berstruktur serta menerima bimbingan selama enam bulan sejurus memulakan perniagaan.


Objektif

Memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan wanita bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan francais / pra-francais / perlesenan mengikut peraturan syariah.


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Francaisi / Pra-Francaisi / Lisensi

  • Peserta berumur di antara 21-40 tahun (lelaki dan wanita);
  • Milikan saham 60% majoriti oleh belia bumiputera di dalam syarikat; Usahawan adalah pemilik / pengusaha
  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha;
  • Mendapat tawaran hak francais daripada francaisor / francais induk yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
  • Syarikat dimiliki 100% oleh bumiputera;
  • Permohonan pembiayaan melalui Syarikat Sdn. Bhd. adalah sehingga RM500,000. Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah sehingga RM250,000 sahaja;
  • Perniagaan mesti patuh syariah;
  • Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan memenuhi kriteria penilaian Pernas;
  • Usahawan mesti mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman dalam perniagaan (perniagaan dalam talian / luar talian).

Struktur Pembiayaan

Mod Pembiayaan

Pembiayaan Konsep Islam (Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

Sehingga RM500,000

Margin Pembiayaan

Sehingga 80% dari jumlah kos projek

Kadar Keuntungan

3.75% setahun (Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)*

Tempoh Pembiayaan

5 hingga 7 tahun (Mengikut tempoh perjanjian francais / pra-francais / perlesenan)