Skim Pra-IPO

Melalui pelaburan ekuiti dan pelantikan penasihat penyenaraian, Skim Pra-IPO diwujudkan untuk menyokong syarikat francais berpotensi tinggi yang bersedia menuju penyenaraian di Bursa Malaysia. Syarikat yang terpilih bakal dibimbing untuk meningkatkan kredibiliti dengan pelabur sebagai persediaan ke pasaran modal melalui pengukuhan struktur kewangan.


Objektif

Menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan francais (tempatan dan luar negara) yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia atau memerlukan modal perniagaan yang lebih tinggi dengan bantuan pembiayaan. 


Kriteria Syarikat

  • Tren dan potensi pertumbuhan yang tinggi;
  • Potensi penyenaraian di Bursa Malaysia Securities Berhad dalam masa 1-2 tahun; dan
  • Pelantikan Penasihat Penyenaraian.

Struktur Pelaburan

Kaedah Pelaburan Saiz Pelaburan Tempoh Pelaburan
  • Langganan saham biasa dan/atau Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar (RCPS)
  • Kadar Pulangan: Minimum 8% setahun melalui Put or Call option
Maksimum RM30 Juta Maksimum 3 tahun

Format Cadangan

Muat turun kertas cadangan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.

Muat turun PDF