Skim Mezanin

Bagi perniagaan bersedia untuk melangkah lebih jauh tanpa melepaskan kawalan, Skim Mezanin merupakan pilihan yang strategik. Melalui gabungan pelaburan ekuiti dan struktur pembiayaan yang fleksibel, skim ini menyokong syarikat francais yang stabil untuk mempercepatkan pertumbuhan, memperkukuh kedudukan pasaran dan membuka laluan ke tahap pencapaian baharu.


Objektif

Menyokong perniagaan francais (tempatan dan luar negara) yang terbukti model perniagaannya dan mempunyai potensi tinggi untuk dipasarkan dengan bantuan pembiayaan.


Kriteria Syarikat

  • Tren dan potensi pertumbuhan yang tinggi;
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) untuk dua (2) tahun terakhir (diaudit) + PAT tahun semasa (ramalan) sekurang-kurangnya RM1 juta; dan
  • Dana pemegang saham minimum sebanyak RM2 juta.

Struktur Pelaburan

Kaedah Pelaburan Saiz Pelaburan Tempoh Pelaburan
Langganan saham biasa dan/atau Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar (RCPS)
  • Maksimum RM30 juta untuk kombinasi Saham Biasa dan RCPS;
  • Maksimum RM5 juta untuk RCPS sahaja.
Maksimum
5 tahun

Saham Biasa: Kepentingan ekuiti maksimum 30% dalam Syarikat sasaran

Kadar Pulangan: Minimum 8% setahun melalui Put or Call Option

RCPS: Kadar dividen tetap sebanyak 6% setahun (tidak tertakluk kepada nisbah penggearan maksimum sebanyak 2 kali)

Fi / Kos

  • Fi pemprosesan: 1% – 1.5%;
  • Analisa Kewajaran Kewangan: RM30,000 – RM100,000 (Anggaran);
  • Analisa Kewajaran Undang-Undang dan Dokumentasi: RM25,000 – RM50,000 (Anggaran).

Format Cadangan

Muat turun kertas cadangan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.

Muat turun PDF