Khidmat Rundingan

Sokongan menyeluruh Khidmat Rundingan oleh Pernas dirangka untuk membimbing usahawan dalam membina asas francais yang kukuh dan progresif; bermula dengan penilaian model perniagaan, analisa kewangan, hingga ke penyediaan dokumentasi teras.


Xcelerator

Xcelerator merupakan inisiatif bimbingan intensif yang direka khas untuk membantu syarikat tempatan mengenal pasti potensi francais dalam model perniagaan mereka. Melalui analisa menyeluruh, unjuran kewangan, dan pembangunan dokumentasi, syarikat dibimbing untuk membina struktur francais yang lengkap, bersedia untuk dikembangkan dan berdaya saing di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Lihat Program