Skim Pembiayaan Francaisi

Skim ini diwujudkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan lebih ramai bumiputera melangkah ke dunia perniagaan francais. Jika anda berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri; kami sedia membantu anda dalam memulakan langkah pertama.


Objektif

Menyediakan bantuan kewangan di samping menggalakkan golongan bumiputera menceburi perniagaan francais termasuk mereka dari sektor awam, swasta dan yang ingin bersara awal ataupun mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS). 


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Individu mestilah pemilik/pengendali, dan berumur 21 tahun ke atas;
     
  • Keutamaan akan diberi kepada individu yang memiliki kelayakan minima diploma;
     
  • Francaisor/Francaisi induk harus berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
     
  • Perniagaan mestilah 100% ekuiti dimiliki oleh bumiputera dan patuh syariah;
     
  • Perlu mendapat surat tawaran daripada Francaisor/Francaisi Induk;
     
  • Syarikat Sdn Bhd boleh memohon pembiayaan melebihi RM250,000;
     
  • Permohonan oleh pemilik tunggal adalah terhad kepada pembiayaan di bawah RM250,000;
     
  • Badan Koperasi harus menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dan mendapatkan surat tawaran daripada Francaisor/Francaisi induk sebelum menghantar permohonan pembiayaan kepada Pernas;
     
  • Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.

Struktur Pembiayaan

Menyediakan bantuan kewangan kepada pra-francaisor dan francaisi induk untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia. Bagi francaisi induk, hak untuk memegang francais perlu diperoleh daripada francaisor terlebih dahulu.

Mod Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)

Margin Pembiayaan

Sehingga 70% dari kos projek

Size Pembiayaan

RM50,000 hingga RM2 Juta

Tempoh Pembiayaan

5 hingga 7 tahun (tertakluk kepada tempoh perjanjian francais)


Kadar Keuntungan

8.00% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Dengan cagaran)

9.56% Setahun

Kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang. (Tanpa cagaran)


Nota

  • Yuran Pempropesan: 0.5% dari had yang diluluskan;
     
  • Yuran Guaman dan Duti Setem: 3.0% dari had yang diluluskan (tertakluk kepada variasi dan pindaan);
     
  • Yuran Latihan: RM300;
     
  • Yuran Wakalah: RM50;
     
  • Perlindungan Takaful: Am dan Kredit;
     
  • Tertakluk kepada terma dan syarat.