Pernas komited untuk memastikan pemprosesan data peribadi di Pernas adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta PDP”). Notis ini dikeluarkan selaras dengan keperluan di bawah Akta PDP kepada mana-mana pihak yang berurusan atau memasuki apa-apa transaksi dengan Pernas.
Bagi tujuan Notis ini, Data Peribadi termasuklah data yang telah dikumpul dan akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.
JENIS-JENIS DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL
Data peribadi yang dikawal, diproses dan/atau digunakan oleh Pernas termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
- nama, bangsa, agama, tarikh lahir, cap jari, umur, jantina, alamat (surat menyurat dan e-mel), nombor telefon, pekerjaan, butiran orang hubungan[, nombor kad pengenalan, nombor pasport, status perkahwinan, nilai bersih, butiran pekerjaan, kelayakan akademik, maklumat gaji dan butiran akaun bank, butiran pasangan, tanggungan dan ahli keluarga terdekat. Anda dengan ini menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan data peribadi mereka kepada Pernas dan anda telah mendapat persetujuan agar data peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis ini;
- imej (foto dan rakaman video); dan
- maklumat lain yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan data termasuk data peribadi sensitif seperti kesihatan fizikal atau mental atau keadaan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, rekod perubatan dan tingkah laku atau dakwaan kesalahan tingkah laku atau rekod jenayah (jika ada);
(secara kolektif dirujuk sebagai “Data Peribadi”)
Pernas hanya akan mengumpul dan memproses Data Peribadi setakat mana Data Peribadi tersebut diperlukan untuk tujuan yang berkenaan di bawah, tetapi tidak terhad kepada fasal 4 dan 5 di sini.
CARA DATA PERIBADI DIKUMPUL OLEH PERNAS
Pernas boleh mengumpul Data Peribadi terus daripada anda sekiranya perlu dan apabila munasabah atau praktikal untuk berbuat demikian. Pernas juga boleh mendapatkan Data Peribadi anda melalui pelbagai cara yang lain, seperti:
- melalui borang permohonan yang diserahkan anda pada permulaan atau semasa transaksi perniagaan dan daripada surat-menyurat dengan anda.
- apabila anda mendaftar atau menggunakan mana-mana perkhidmatan/produk yang kami sediakan atau apabila anda mendaftar akaun di laman web Pernas;
- kandungan semua dokumen sokongan yang diserahkan kepada Pernas;
- apabila anda membuat sebarang urus niaga komersial dengan Pernas;
- melalui tinjauan pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk apa-apa pertandingan, latihan atau promosi kami;
- jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui panggilan telefon, kami mungkin akan memantau atau merakam panggilan telefon untuk tujuan jaminan kualiti dan keselamatan; dan
- daripada sumber awam, domain awam atau platform dalam talian.
KEGAGALAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA
Berhubung dengan peluang perniagaan yang kami tawarkan, Pemberian Data Peribadi anda kepada Pernas adalah perlu. Kegagalan untuk memberikan data tersebut boleh menyebabkan Pernas tidak dapat memproses permohonan anda atau menjejaskan keupayaan kami untuk melaksanakan kewajipan kami di bawah apa-apa kontrak yang akan datang atau yang sedia ada dan/atau keupayaan anda untuk menikmati manfaat yang sepenuhnya daripada kami dan/atau kegagalan untuk mematuhi peruntukan undang-undang.
TUJUAN-TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Pernas mungkin perlu memproses Data Peribadi anda untuk, antara lain, bagi tujuan yang berikut tetapi tidak terhad kepada:-
- untuk menyediakan perkhidmatan dan produk seperti yang dipohon oleh anda;
- untuk memaklumkan anda tentang sebarang perkhidmatan yang sesuai dan berkaitan;
- untuk memantau dan menguruskan akaun dan kemudahan sedia ada yang telah anda masuki dengan Pernas;
- melaksanakan obligasi di bawah atau berhubung dengan kontrak/urus niaga anda dengan Pernas;
- mengekalkan rekod Data Peribadi yang tepat dan terkini yang telah anda berikan kepada Pernas;
- untuk penyimpanan rekod dalaman, penyiasatan dalaman, audit, pengurusan risiko atau keselamatan;
- memantau pematuhan peraturan dan polisi dalaman kami dan pematuhan kepada Garis Panduan Dalaman kami dan aktiviti pemantauan dalam skop penggunaan Pernas yang boleh diterima;
- bagi menghubungkan pengendalian, pentadbiran, pembangunan atau penambahbaikan perniagaan Pernas termasuklah untuk menyokong dan/atau membantu dalam mana-mana perniagaan Pernas dan perniagaan yang berkaitan dengan Pernas;
- apabila Pernas berpendapat bahawa ianya adalah dikehendaki oleh undang-undang bahawa sebarang penggunaan atau pendedahan tersebut adalah perlu untuk menjawab sebarang tuntutan atau proses undang- undang, atau di mana Pernas mengesyaki bahawa penipuan atau aktiviti menyalahi undang-undang telah atau sedang berlaku atau mungkin terlibat;
- apabila mana-mana pihak ketiga memerlukan Data Peribadi untuk melaksanakan fungsi atau perkhidmatan seperti yang dikehendaki oleh Pernas;
- apabila mana-mana pihak ketiga memerlukan agar pihak ketiga tersebut dapat melaksanakan fungsi atau kewajipannya seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang, regulasi, peraturan, undang-undang
kecil dan/atau garis panduan atau seperti yang dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan/atau bukan kerajaan, agensi atau jabatan (contohnya, kepada juruaudit luar yang mengaudit proses dalaman Pernas). Peruntukan rujukan/laporan kepada institusi kewangan dan wakil undang-undang yang berkelayakan; - melaksanakan analisis statistik bagi pelbagai objektif;
- untuk menguatkuasakan hak kami di bawah undang-undang yang berkenaan dan untuk mempertahankan hak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan yang berkaitan dengan penamatan kontrak dan/atau prosiding undang-undang; dan
- apa-apa tujuan lain yang tidak dinyatakan secara khusus di sini tetapi yang diperlukan untuk dijalankan berhubung dengan perniagaan harian Pernas.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI KEPADA PIHAK KETIGA
Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pekerja kami, ahli gabungan kami, rakan kongsi strategik kami, pembekal perkhidmatan/vendor kami, ejen yang dilantik oleh kami, perunding kami, penasihat undang-undang kami, juruaudit luar kami dan mana-mana orang yang berada di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada Pernas.
Sekiranya perlu dan bersesuaian, kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada badan-badan profesional, bank-bank, institusi-institusi kewangan, mana-mana pihak berkuasa, agensi-agensi, badan-badan atau jabatan-jabatan kerajaan atau bukan kerajaan. Kami akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada siapa kami perlu atau dikehendaki mengikut undang-undang.
Data Peribadi anda boleh dipindahkan untuk apa-apa tujuan yang disebut di bawah Fasal 4 kepada mana-mana pihak yang disebut di atas yang berada di dalam atau di luar Malaysia.
Jika Pernas melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses Data Peribadi bagi pihak Pernas, Pernas akan mengarahkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga tersebut untuk hanya memproses Data Peribadi tersebut bagi tujuan-tujuan khusus seperti yang diperlukan oleh Pernas. Jika kami mendedahkan mana-mana Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak, kami akan mengarahkan pihak tersebut untuk melindungi Data Peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.
PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Data Peribadi akan disimpan oleh Pernas selagi ianya perlu dan sesuai untuk memenuhi sebarang tujuan seperti yang dinyatakan di atas menurut amalan dalaman kami, keperluan kawal selia, peruntukan undang-undang dan keperluan perakaunan.
DATA PIHAK KETIGA
Sekiranya anda dikehendaki dan telah memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan orang lain termasuk pasangan, pihak berkaitan, orang hubungan dan perujuk (referee) untuk tujuan ini, anda hendaklah mengaku janji dan dianggap telah mendapat persetujuan mereka atau dianggap berhak untuk memberikan maklumat mereka kepada Pernas.
INTEGRITI & KESELAMATAN
Pernas komited dalam memastikan Data Peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan-pangkalan data dan di pejabat-pejabat kami. Segala usaha yang munasabah dan langkah praktikal telah dibuat untuk memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang dipegang oleh Pernas adalah dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau kemusnahan. Untuk memastikan Data Peribadi anda dalam simpanan kami adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan atau sebarang perubahan pada Data Peribadi anda.
AKSES & PEMBETULAN
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut adalah terkini. Jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau ingin membuat sebarang pembetulan kepadanya, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis kepada yang berikut:
Perbadanan Nasional Berhad
Alamat: Aras 16, Menara Pernas, Tower 7, Avenue 7, Bangsar South City, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Telefon: +603 – 2082 7788
Emel: [email protected]
Laman web: www.pernas.my
Permohonan anda tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di bawah undang-undang, syarat-syarat yang berkenaan dan tempoh masa yang munasabah. Menurut Akta PDP, kami boleh menolak permohonan anda untuk akses atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda, dan jika kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang penolakan kami dan sebab penolakan kami.
PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN
Sila ambil perhatian bahawa dari semasa ke semasa, kami mungkin akan meminta Data Peribadi baharu daripada anda. Dengan memberikan kami Data Peribadi anda atau meneruskan komunikasi dengan Pernas, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi tersebut. Anda dianggap telah memberi kebenaran dan bersetuju kepada terma-terma di atas berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini dan bahawa anda mengisytiharkan/mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima Notis ini serta penyata-penyata dan terma-terma Notis ini. Pernas berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemas kini di laman web Pernas. Dengan berkomunikasi yang berterusan dengan Pernas, sebarang pengubahsuaian, kemaskini atau pindaan pada Notis ini, ia akan menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.
Notis ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara kedua-dua ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.