Encik Ismail bin Abd Halim

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Encik Ismail bin Abd Halim

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Encik Ismail bin Abd Halim (Encik Ismail) telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) pada 8 Februari 2024.

Encik Ismail memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan (Kepujian) dari University of Birmingham, United Kingdom.

Encik Ismail merupakan ahli bagi Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) sejak tahun 1987 dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) sejak tahun 2014.

Encik Ismail memulakan kerjaya beliau bersama Peat Marwick, Mitchell & Co., London, dan seterusnya KPMG Malaysia. Sepanjang kerjaya beliau yang menjangkau lebih empat dekad, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan termasuk sebagai pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan serta memegang jawatan pengarah dalam entiti tersenarai dan konglomerat besar, termasuk Kumpulan Syarikat Pernas dari tahun 1989 hingga 2003.

Pada masa kini, Encik Ismail merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Focus Point Holdings Berhad dan Pengarah Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh Pernas).


Image
Dato Khairul

Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Image
Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar

Dato' Seri Mohd Sayuthi bin Bakar

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Image
Puan Afidah Azwa

Puan Afidah Azwa binti Abdul Aziz

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif