Datuk Mohamed Rozhan Bin Mohd Ghazalli

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif

Datuk Mohamed Rozhan Bin Mohd Ghazalli

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif

YBhg. Datuk Mohamed Rozhan bin Mohd Ghazalli (Datuk Rozhan Ghazalli) telah dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad pada 3 Jun 2025.

Setelah menamatkan pengajian sebagai pelajar pasca siswazah dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Ohio di Amerika Syarikat, Datuk Rozhan Ghazalli memulakan kerjayanya di Citibank NA di Kuala Lumpur pada tahun 1985.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan di bank, termasuk di Bahagian Saiz Kecil dan Sederhana (SME), Bahagian Pengurusan Kredit dan Risiko, Bahagian Kewangan Korporat, dan sebagai Naib Presiden/ Ketua Bahagian Sektor Awam.

Beliau kemudiannya menyertai bank pelaburan, BSN Merchant Bank sebagai Pengurus Besar, Ketua Operasi Kredit, Perbankan dan Perbendaharaan dari tahun 1995 hingga 2000. Datuk Rozhan Ghazalli merupakan seorang usahawan berpengalaman lebih 24 tahun dan telah berkhidmat dalam pelbagai sektor ekonomi, termasuk industri kesihatan dan kesejahteraan, sektor makanan, perniagaan perlindungan dokumen keselamatan tinggi, pembuatan dan pembungkusan label dan tag.

Dengan pengalaman yang luas telah mendorong beliau memberikan khidmat perundingan kepada individu dan syarikat dalam sektor pengangkutan, telekomunikasi, teknologi maklumat/ digital, minyak dan gas, dan hartanah. Beliau juga terlibat secara aktif dalam modal teroka untuk syarikat permulaan dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan OVD Systems (M) Sdn. Bhd.

Sepanjang kerjayanya, Datuk Rozhan Ghazalli telah mengambil bahagian secara aktif dalam tanggungjawab sosial. Beliau telah berkhidmat sebagai bekas Pengerusi Lembaga Pengelola di Victoria Institution, dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur.

Pada masa kini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ansar Al-Hadith. Beliau juga adalah Penasihat Industri bagi Program PhD di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).