Objektif
Menyediakan pembiayaan khusus bagi usahawan veteran atau pesara bumiputera yang ingin menceburi perniagaan francais.
Komposisi Program
Sasaran:
- Veteran badan beruniform Malaysia;
- Pesara kerajaan;
- Pesara korporat atau swasta;
- Skim Pemisahan Sukarela (VSS);
- Skim Pemisahan Bersama (MSS).
Tujuan Pembiayaan:
- Untuk perniagaan permulaan atau yang sedia ada;
- Pembelian peralatan, mesin, atau pengubahsuaian;
- Modal kerja.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
Pemohon:
- Bumiputera;
- Pesara atau veteran badan beruniform;
- Umur antara 41 - 65 tahun;
- Pemilik perniagaan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap;
- Mengikuti latihan di franchise institute (FI).
Syarikat:
- Sendirian Berhad, Perkongsian atau Pemilikan Tunggal;
- Pesara atau veteran mesti memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan dalam syarikat;
- Syarikat bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.
Perniagaan:
- Perniagaan yang mematuhi syariah;
- Jenama mesti didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Struktur Pembiayaan
Pembiayaan
Sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
Sehingga 90%*
Kadar Keuntungan
4% kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang
Jenis Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Jangka Masa Pembiayaan
Sehingga 5 tahun