Be Your Own Boss (BYOB)

Menerusi inisiatif yang dilaksanakan hasil kerjasama strategik bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Pernas membuka peluang dalam bidang perniagaan francais, pra-francais dan perlesenan khusus untuk golongan belia dan wanita.


Objektif

Memupuk golongan belia dan wanita menjadi pemilik perniagaan francais dengan bantuan pembiayaan dan program latihan berstruktur diikuti bimbingan dan pemantauan selama 6 bulan setelah bermulanya perniagaan.


Tawaran

  • Program keusahawanan holistik dan berdaya saing kepada peserta bumiputera yang merangkumi padanan perniagaan, bantuan pembiayaan, latihan berstruktur, bimbingan dan pemantauan perniagaan.
     
  • Peluang kepada anda untuk menyertai program seperti berikut:
     
    • Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY)
    • Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)

Bagaimana untuk mula?

1.Menghadiri Program Outreach BYOB

2. Pendaftaran dan bersetuju dengan terma dan syarat

3. Menerima surat tawaran daripada francaisor / pra-francaisor / lisensor

4. Permohonan pembiayaan

5. Lengkapkan program latihan 2 hari

6. Mulakan perniagaan anda

7. Pemantauan & bimbingan selama 6 bulan


YOUNITY

Buat para belia yang ingin menceburi bidang perniagaan francais, YOUNITY menawarkan bantuan kewangan dan kursus berstruktur serta khidmat pantauan perniagaan.

Lihat Program

SWEET

Usahawan wanita adalah keutamaan SWEET. Terokai program pembiayaan untuk pra-francais dan juga lisensor agar perniagaan anda terus mekar.

Lihat Program