Skim Francais

Skim ini memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan model francais yang telah terbukti berjaya, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa, dengan sokongan pelaburan ekuiti strategik.


Objektif

Menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan francais (tempatan dan luar negara) yang terbukti model perniagaannya dengan bantuan pembiayaan. 


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Tren dan potensi pertumbuhan yang tinggi;
  • Berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) sebagai: Francaisor / Pemegang Francais Induk / Pemegang Francais kepada Francaisor Asing;
  • Minimum dua (2) tahun berturut-turut Keuntungan Selepas Cukai (PAT) dengan PAT terakhir mencatatkan sekurang-kurangnya RM500,000;
  • Dana pemegang saham minimum RM1 juta.

Struktur Pelaburan

Kaedah Pelaburan Saiz Pelaburan Tempoh Pelaburan
Langganan saham biasa dan / atau Saham Keutamaan Boleh Tebus Boleh Tukar (RCPS) Maksimum
RM5 Juta Maksimum
5 tahun
Saham Biasa: Kepentingan ekuiti maksimum 49% dalam Syarikat sasaran
Kadar Pulangan: Minimum 8% setahun melalui Put or Call Option
RCPS: Kadar dividen tetap sebanyak 6%-8% setahun (tidak tertakluk kepada nisbah penggearan maksimum sebanyak 2 kali)

Format Cadangan

Muat turun kertas cadangan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan.

Muat turun PDF