Pengenalan
Sebagai agensi pembangunan francais, kami bukan sekadar menyokong; kami mencorakkan masa depan. Melalui penyediaan pembiayaan, latihan, bimbingan pakar dan akses kepada peluang pasaran, Pernas menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan francais dari pelbagai latar belakang dan saiz; daripada usahawan mikro hingga ke jenama yang bersedia melangkah ke pentas dunia.
Beroperasi dari Menara Pernas di Bangsar South City serta lima pejabat wilayah yang meliputi Timur, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak; kami memastikan setiap aspirasi usahawan francais diberi sokongan yang padu, tidak kira di mana mereka berada.
Dipacu oleh keyakinan terhadap potensi usahawan tempatan, Pernas kini mengorak langkah ke arah kerjasama jaringan global. Usaha sedang digerakkan untuk membuka ruang baharu bagi memperkenalkan francais tempatan ke pasaran antarabangsa, di samping mewujudkan laluan kemasukan yang lebih strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais bertaraf dunia.
Langkah ini mencerminkan visi jangka panjang kami untuk memacu industri francais Malaysia ke pentas dunia; satu langkah pada satu masa.

Misi
Mewujudkan dan mengekalkan kemampanan organisasi melalui perniagaan pelbagai dan menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan.
Visi
Menjadi organisasi peneraju utama bagi pembangunan francais dan pusat kecemerlangan keusahawanan yang unggul.
Nilai-nilai Kami
Demi memberi perkhidmatan yang berintegriti, cekap dan berimpak tinggi kepada para usahawan serta pemilik francais, Pernas berpegang teguh pada nilai-nilai teras yang membimbing setiap langkah kami.
Profesional
Melaksanakan tanggungjawab kami dengan pantas dan penuh dedikasi kepada setiap pelanggan kami.
Inovatif
Mengambil pendekatan kreatif dalam semua perkara yang kami lakukan agar kekal relevan, dinamik dan berdaya saing.
Etika
Bertindak dengan penuh integriti, melakukan amalan yang terbaik dan saling hormat menghormati.
Teras Utama
Pernas komited menerajui pembangunan industri francais negara dengan memperkasa usahawan melalui program, skim dan perkhidmatan yang menyeluruh serta produk berkualiti tinggi merangkumi pembiayaan francais, pelaburan ekuiti strategik, dan sokongan berterusan kepada usahawan bumiputera serta perniagaan francais tempatan.