Objektif
Membantu usahawan kecil memperbesarkan skala perniagaan mereka menjadi francais menerusi latihan dan bantuan pembiayaan.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan BIT Pra-Francaisor
Perniagaan
- Perniagaan patuh syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Jenama tempatan yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO);
- Perniagaan yang menguntungkan, berdaya maju dan sekurang-kurangnya satu (1) tahun beroperasi; dan
- Syarikat berminat untuk kembangkan perniagaan melalui platform francais.
Pemilik:
- Berumur 21 tahun ke atas;
- Syarikat pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan BIT Pre-Francaisi
- Pemohon berumur 21 tahun ke atas;
- Pemohon merupakan pengusaha perniagaan tersebut;
- Permohonan menerusi syarikat dan perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau PBT;
- Pemohonan 100% daripada syarikat atau perniagaan milik bumiputera;
- Pemohon perlulah memperolehi surat tawaran hak perlesenan daripada BIT-Pre francaisor;
- Pemohon, pemilik perniagaan dan pemegang saham perlulah mempunyai rekod kredit yang baik dan tidak diisytihar muflis.
Kelebihan
Tawaran pembiayaan kepada pemilik perniagaan (Pra-francaisor) dan rakan niaga (Pra-francaisi)
Bimbingan dan latihan yang komprehensif
Bimbingan serta konsultasi bersama rakan strategik Pernas
Khidmat konsultasi bersama rakan strategik Pernas
Aktiviti promosi dan pemasaran untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan peserta program
Struktur Pembiayaan BIT Pra-Francaisor
Pembiayaan
Sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
Sehingga 90%
Kadar Keuntungan
7.5% kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang
Jenis Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Jangka Masa Pembiayaan
Sehingga 5 tahun
Struktur Pembiayaan BIT Pra-Francaisi
Pembiayaan
Sehingga RM50,000 (mengikut pakej yang ditawarkan)
Margin Pembiayaan
Sehingga 90%
Kadar Keuntungan
7.5% kadar tetap dengan pengiraan baki berkurang
Jenis Pembiayaan
Skim Pembiayaan Islam (Konsep Tawarruq)
Jangka Masa Pembiayaan
Sehingga 5 tahun
Kriteria Menyertai Program BIT
Perniagaan
- Perniagaan patuh syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Jenama tempatan yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO);
- Perniagaan yang menguntungkan, berdaya maju dan sekurang-kurangnya satu (1) tahun beroperasi;
- Bebas daripada tindakan undang-undang atau penyenaraian hitam oleh agensi penguatkuasa;
- Berpotensi untuk dikembangkan ke arah perniagaan francais.
Pemohon, Pemilik dan Pemegang Saham
- Berumur 21 tahun ke atas;
- Bebas daripada tindakan undang-undang dan penyenaraian hitam oleh agensi penguatkuasa.