34 Rangkaian Outlet Gloria Jean's Coffees Terima Sijil Halal Jakim

28 April 2025 • Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. meraikan pengiktirafan kepada 34 rangkaian outlet Gloria Jean's Coffees yang telah menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

34 rangkaian Outlet ini menerima Sijil halal yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pernas iaitu YBhg Datuk Nor Azam bin M Taib dalam satu Majlis Peyerahan Sijil Halal Malaysia yang diadakan di Auditorium Tun Rahah, Menara Pernas.

Ketika berucap dalam majlis itu, Datuk Nor Azam M. Taib menzahirkan rasa bangga atas pencapaian ini yang merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan francais tempatan.

Beliau berkata “Pensijilan Halal bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran, ia adalah lambang integriti, disiplin dan komitmen dalam menyampaikan produk yang bersih dan berkualiti kepada pelanggan. Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi erat antara pihak pengurusan Gloria Jean’s Coffees serta bimbingan daripada JAKIM dan sokongan berterusan daripada KUSKOP. 

Pensijilan rasmi oleh JAKIM ini merupakan pengiktirafan terhadap pelaksanaan sistem Halal yang menyeluruh, merangkumi dokumentasi, proses operasi dan pemantauan yang ketat. Komitmen ini bukan sahaja memperkukuh keyakinan pengguna terhadap jenama, malah turut meletakkan Gloria Jean’s Coffees setanding dengan rangkaian francais kopi terkenal lain yang menitikberatkan pematuhan Halal dalam operasi mereka.

Sebagai badan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM adalah teliti dan menyeluruh. Namun, dengan komitmen tinggi daripada pihak pengurusan GJC, kerjasama erat bersama para francaisi, serta pihak JAKIM, kesemua 34 cawangan berjaya memenuhi keperluan pensijilan dengan cemerlang.

Projek pematuhan Pensijilan Halal Malaysia ini bermula pada 14 Ogos 2024 dan melibatkan pelaksanaan standard operasi Halal secara menyeluruh di 34 rangkaian outlet GJC di seluruh Malaysia. Inisiatif ini turut menerima sokongan dana melalui bantuan geran pematuhan Pensijilan Halal Malaysia daripada KUSKOP.

Pernas, sebagai agensi di bawah KUSKOP, akan terus komited membantu memperkasa usahawan francais di Malaysia untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan membawa jenama yang diyakini dan berkualiti tinggi. 

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengarah Pernas, wakil KUSKOP, wakil JAKIM, Pengurusan Kanan Pernas serta para francaisi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau inisiatif lain Pernas, sila hubungi:

Nurshuhadah Hamid
Jabatan Komunikasi Strategik
Emel : [email protected]
No. Telefon : +603-2082 7788 samb. 7948


PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membantu mengembangkan komuniti keusahawanan negara.

Pernas komited untuk memperkasakan pertumbuhan keusahawanan dan industri francais di Malaysia. Dari bimbingan hingga menghubungkan jalinan rangkaian, pembiayaan dan latihan, kami menyasarkan untuk mengembangkan pengetahuan,
mengukuhkan komuniti francais dan memupuk bakat francais generasi akan datang. Dengan cara ini, kami percaya ia dapat memacu perubahan positif merentasi landskap keusahawanan Malaysia.

Laman web : www.pernas.my
Facebook : pernasofficial
Twitter : pernasofficial
Instagram : pernasofficial

  Download PDF

34 Rangkaian Outlet Gloria Jean's Coffees Terima Sijil Halal Jakim

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. meraikan pengiktirafan kepada

Datuk Nor Azam Bin M. Taib Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Pernas

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 April 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam bin M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Pernas Sumbang 400 Barang Persekolahan Melalui Program ‘Back to School’

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI 2025 – Dalam usaha memperkasa kebajikan rakyat dan memastikan setiap anak mendapat peluang pendidikan yang selesa